Sabtu, 23 Ogos 2008

Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu dan Jenis-jenis Dadah Baru Yang Lain
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 76


Tarikh : 21-23 Nov 2006
Keputusan Muzakarah :

" Dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybuytric Acid ( GHB ).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan."

Label:

2 Ulasan:

Anonymous Tanpa Nama berkata...

Assalamuakum... Saudari, saya penganut Kristian tapi jujur saya katakan saya sudah mula menyintai Islam... Tapi masalah terbesar saya adalah bagaimana untuk memberitahu kedua2 org tua saya tentang ini???

Saya tinggalkan ulasan ini, sekadar bertanya pendapat.

Sekian, terima kasih.

5/9/08 11:13 PTG  
Blogger n_izza berkata...

Saudara / Saudari yang bertanya,
Pertamanya maaf kerana saya tidak dapat menjawab salam anda..
Akan tetapi, berkenaan pertanyaan anda, ingin saya memberi penjelasan bahawa adalah TIDAK SEMESTINYA anda memberitahu niat memeluk agama islam kepada kedua orangtua anda yang bukan beragama islam..Cuma, ianya DIGALAKKAN dan DITUNTUT demi menjaga hubungan silaturrahim dan kasih sayang antara anak dan ibubapa yang melahir dan membesarkan kita.Dan bertujuan untuk mengelakkan kesalahfahaman, pertengkaran dan seumpamanya di kemudian hari.

Hak anda untuk memeluk agama Islam adalah hak anda kerana anda telah diberi hidayah oleh ALLAH Subhana Wa Taala (Maha Suci dan Maha Tinggi)..
Akan tetapi, anda boleh (jika mahu) memberitahu kedua mereka dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain (sebagai orang tengah).

Maksud saya, memberitahu dengan sendiri adalah lebih baik dan digalakkan kerana ianya berhubungkait dengan diri anda. Anda boleh meminta bantuan saudara anda yang terdekat, yang boleh dipercayai, dan mempunyai pendekatan baik dalam berkata-kata..

Seandainya tidak boleh, anda bolehlah meminta nasihat kepada Jabatan Dakwah Wisma MUIS Sabah Jalan Sembulan Tingkat 9 & 10 bagi mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai dakwah islam yang ada di situ. Dapatkan khidmat nasihat mereka jika anda benar-benar ingin memeluk islam. Insya-Allah , mereka pasti membantu.

Selebihnya, perbanyak kan lah berdoa.. semoga ALLAH memberi banyak hidayah dan rahmat bagi hamba yang dikasihinya...

AMIN........

(WALLAHU A'LAM)

7/9/08 1:19 PG  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama