Selasa, 15 Julai 2008

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIHDiterbitkan dan diedar secara percuma oleh:DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2 Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7645816 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi PenyayangPuji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r. a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s. a. w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:7 Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan(mendapat keampunan dari Allah Taala).7 Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.7 Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur(sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini. 7 Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A. S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.7 Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A. S.7 Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S. A. W..7 Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluhNamun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s. a. w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.Rasulullah S. A. W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.(Bukhori, Muslim)Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S. A. W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S. A. W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu(maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S. A. W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.(An-Najm: 3-4).Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S. A. W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S. A. W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi. 2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih. Yang lainnya adalah palsu.Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s. a. w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Label:

FIDYAH - Siapa perlu membayar ?
Di antara makna Fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengkadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Diantara sebab-sebab wajib mengeluarkan Fidyah puasa ialah:
1. Tidak berupaya berpuasa iaitu seseorang yang wajib berpuasa, tetapi tidak sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua, lemah dan sekiranya dia berpuasa tidak akan dapat menanggung kepayahannya. 2. Orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak berupaya melakukan puasa. 3. Perempuan hamil atau yang sedang menyusukan anak, iaitu jika sekiranya mereka ini berpuasa, maka takut akan mendatangkan mudarat kepada anak yang dikandung atau boleh mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang baik kepada anak yang menyusu. 4. Sesiapa tidak mengkadha Ramadhan pada tahun berkenaan sehingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa 'uzur syar'i. Khusus bagi sebab yang ke empat ini, maka bagi sesiapa yang telah terlanjur melambat-lambatkan kadha puasa Ramadhan, padahal ia boleh mengkadha puasanya itu dengan tiada 'uzur sehingga masuk Ramadhan lain, maka tetaplah juga wajib ke atasnya mengkadhanya sebanyak hari-hari Ramadhan yang ditangguhnya itu disamping itu wajib pula mengeluarkan fidyah mengikut kadar hari-hari berkenaan, iaitu sebanyak satu mud atau 15 tahil atau 566.99 gram beras untuk satu hari. Ertinya satu hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan maka fidyahnya satu mud, jika dua hari, fidyahnya dua mud, jika tiga hari, fidyahnya tiga mud begitulah seterusnya. Walau bagaimanapun, kadar jumlah satu, dua atau tiga mud itu boleh berganda. Umpamanya sehari puasa Ramadhan yang ditinggalkan fidyahnya ialah satu mud, tetapi jika masuk tahun kedua belum dikadha, fidyahnya berganda menjadi dua mud. Masuk tahun ketiga menjadi tiga mud sehinggalah dikadha dan begitulah seterusnya. Perlu juga di ingat bahawa disamping kewajipan membayar fidyah, dan mengkadha puasa Ramadhan, adalah wajib bertaubat tidak akan meninggalkan puasa Ramadhan lagi atau melambatkan mengkadhanya jika tidak ada 'uzur syar'i, kerana meninggalkan puasa Ramadhan tanpa 'uzur adalah haram, dan jika ditinggalkan juga tanpa 'uzur, wajiblah dikadha dengan segera, dan jika dilambat-lambat mengkadhanya tanpa 'uzur hukumnya adalah haram.
Orang Yang Sudah Meninggal Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana 'uzur syar'i seperti sakit atau dalam musafir sama ada satu hari atau lebih, kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengkadhanya, maka tidak wajib dikeluarkan fidyah puasa yang ditinggalkannya itu. Dia juga tidak berdosa kerana dia dikira tidak dapat melakukan yang wajib atasnya disebabkan suatu 'uzur atau halangan yang dibenarkan syara'. Bagaimana jika dia mati setelah berkeupayaan dan berpeluang mengkadhanya, namun dia tidak mengkadhanya, maka pihak walinya tidak perlu mengganti puasanya dan tidak sah hukumnya, kerana puasa itu dikira ibadah peribadi yang tidak dapat diwakilkan semasa hidup.Berkata Imam Nawawi: Ertinya: 'Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan (kerana 'uzur syara'), kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengkadhanya, maka dia tidak wajib membayar fidyahnya dan tidak berdosa. Dan jikalau dia mati selepas berupaya mengkadhanya, walinya tidak perlu mengganti puasanya mengikut Kaul Jadid, yang perlu ialah membayar fidyah puasanya bagi setiap hari satu mud makanan yang diambil dari harta peninggalannya'. (Minhaj at-Thalibin: 77).

Label:


KESALAHAN - KESALAHAN BERKAITAN DENGAN IBADAH JUM'AT Beberapa Kesalahan Jam'ah / Makmum1. Sebagian orang bermalas-malasan mengerjakan ibadah Jum'at, bahkan meninggalkannya. Nabi SAW brsabda: "Hanya ada dua pilihan buat manusia: Menghilangkan kebiasaannya meninggalkan ibadah Jum'at, atau Allah akan menutup hati mereka, maka jadilah mereka orang-orang yang lalai". (HR. Muslim).2. Sebagian orang tidak menyertakan niat ketika berangkat ke masjid untuk melaksanakan shalat Jum'at. Anda akan melihat ia pergi ke masjid hanya sekedar menjalani rutinitas, padahal niat adalah syarat sahnya ibadah Jum'at dan ibadah-ibadah yang lain. Nabi SAW bersabda: "Segala amal itu semata tergantung pada niatnya". (HR. Bukhari).3. Bergadang pada malam Jum'at sehingga larut malam, sehingga mengakibatkan ketinggalan shalat subuh karena ketiduran. Yang terjadi kemudian, ia membuka lembaran hari Jum'at dengan dosa besar. Nabi Saw bersabda: "Shalat yang paling utama di sisi Allah adalah shalat subuh pada hari Jum'at dan dikerjakan secara berjama'ah". (As-Sohihah : 1566).4. Berlambat-lambat dalam menghadiri khutbah Jum'at. Sebagian datang di tengah khutbah, bahkan ada yang datang ketika shalat tengah dilaksanakan.5. Meninggalkan mandi besar, tidak memakai parfum, tidak bersiwak dan tidak mengenakan pakaian terbaik.6. Melakukan transaksi sesudah adzan Jum'at dikumandangkan. Allah SWT berfirman "Wahai orang-orang beriman, jika kalian diseru untuk shalat pada Jum'at, maka bergegaslah menuju dzikir kepada Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kalian mengetahui" (QS. 62: 9) Ibnu Abbas ra berkomentar: ' Saat itu haram hukumnya melakukan jual beli".7. Berbakti kepada Allah dengan kemaksiatan, seperti membiasakan mencukur jenggot setiap hari Jum'at, dengan anggapan sebagai kesempuranaan kebersihan.8. Duduk di barisan belakang tatkala barisan depan belum penuh, bahkan ada yang duduk di teras luar masjid, padahal ia berada di masjid yang lapang.9. Menyuruh berdiri orang yang sedang duduk untuk ditempati tempat duduknya. Sahabat Jabir ra meriwayatkan, Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian menyuruh berdiri saudaramu pada saat ibadah Jum'at, lalu kalian duduki tempat duduknya. Tapi hendaklah mengatakan: "Tolong digeser agar lapang". (HR. Muslim).10. Melangkahi pundak/punggung jama'ah yang sedang duduk, membelah posisi dua orang (memaksa duduk diantara dua orang sedangkan tempatnya sudah sempit), mengganggu dan mempersempit tempat mereka. Rasulullah SAW menegur orang yang melangkahi punggung jamaah, sementara beliau sedang berkhutbah: "Duduklah, kamu telah menyakiti dan mengganggu orang lain" (Shahih At-Targhib dan At-Tahrib, dan shahih Ibnu Majah).11. Mengeraskan suara berupa pembicaraan atau bacaan, karena hal ini mengganggu konsentrasi jama'ah yang sedang shalat atau membaca Al-Qur'an.12. Keluar dari Masjid sesudah adzan dikumandangkan tanpa alasan yang mendesak.13. Tidak memperhatikan khutbah dan tidak diam mendengarkan apa yang disampaikan khotib.14. Melakukan shalat dua rakaat antara dua khutbah, padahal yang disyariatkan adalah do'a dan istighfar hingga naiknya kembali khotib untuk khotbah kedua.15. Banyak bergerak ketika shalat, cepat keluar dari masjid setelah salam, berjalan di depan orang yang sedang shalat, dan berdesakan di pintu untuk berebut segera keluar, tanpa mengisi waktunya dengan dzikir sesudah shalat sebagaimana dituntunkan.

Label:


Kewujudan orang berhijab buat dosa bukan alasan tinggalkan kewajipan Memakai tudung adalah satu kewajiban berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh. Hukum ini tiada perselisihan disisi semua ulama daripada keempat-empat mazhab. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam ayat 59 Al-Ahzab dan ayat 31 An- Nur. Seseorang itu boleh bertudung, tetapi masih melanggar aturan berhijab seperti memakai pakaian ketat atau mendedahkan anggota tubuh yang lain. Ulama daripada keempat-empat mazhab juga bersepakat bahawa minimum anggota tubuh yang perlu dihijab (tutup) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimana bentuk atau fesyen bagi menutup tubuh, terserah kepada keadaan dan budaya asal sahaja ia memenuhi syarat berhijab. Sila rujuk syarat-syarat hijab yang sempurna dalam buku Halal dan Haram Dalam Islam oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Meninggalkan kewajipan berhijab/memakai tudung adalah berdosa. Mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai hijab pula boleh merosakkan akidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan mengejek-ejek amalan agama. Allah swt berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya (air dan makanan syurga) daripada orang-orang kafir. (Iaitu) Mereka yg menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau dan kehidupan telah menipu mereka...." (Al-A'araad:50-51). Bagaimanapun, berhijab adalah salah satu kewajiban daripada banyak kewajipan dalam islam. Berhijab atau tidak berhijab semata-mata tidak menjamin seorang itu masuk syurga atau neraka. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya salah seorang daripada kamu mengamalkan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (qadha dan qadar), lalu ia pun mengerjakan dengan amal ahli neraka, maka masuklah dia kedalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kamu mengamalkan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (qadha dan qadar), lalu ia pun mengerjakan dgn amal ahli syurga, maka masuklah dia kedalamnya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Seorang itu jika ia sentiasa menjaga akhlaknya serta hatinya daripada sifat-sifat keji, tetapi meninggalkan hijab, ia akan mendapat pahala bagi kebaikan yang ia lakukan dan mendapat dosa kerana meninggalkan hijab dan kewajipan lain, jika ada. Di akhirat nanti, setiap kita akan dihisab oleh Allah atas seluruh amal kita. Jika seorang wanita berhijab, tetapi dosa-dosanya yang lain memberatkan timbangan dosa, ia akan dicampakkan ke neraka dan wanita yang tidak berhijab walaupun berdosa, tetapi amal kebajikannya lebih berat daripada dosa, ia akan masuk kesyurga. Hakikat ini boleh diperlajari dari hadis Rasulullah saw yang menceritakan seorang pelacur dimasukkan syurga kerana menyelamatkan seekor anjing yang kehausan. Bagaimanapun, mereka yang mengatakan sedemikian sebenarnya tidak sedar bahawa keengganannya untuk memakai hijab menunjukkan kewujudan unsur-unsur tidak baik dalam hatinya. Hakikatnya seseorang itu tidak mahu berhijab, memberi petanda bahawa dalam hatinya ada keingkaran/tidak reda terhadap hukum Allah atau kelemahan untuk melawan rasa malu atau tekanan persekitaran dan kehedak nafsu untuk berhias atau ego diri. Kewujudan wanita yang berhijab, tetapi melakukan dosa-dosa lain tidak boleh menjadi alasan bagi seorang wanita meninggalkan kewajipan berhijab atas alasan 'yang penting hati mahu baik'. Jika alasan ini boleh diterima, maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajipan agama. Setiap kita haruslah mengetahui apakah kewajipan-kewajipan agama yang perlu ditunaikan dan berusaha untuk menunaikannya tanpa melihat perbuatan atau kecacatan orang lain kerana kita dihisab oleh Allah swt atas perbuatan kita sendiri bukan atas perbuatan orang lain. Allah berfirman, "Dan bahawasanya seorang manusia itu tidak memperolehi (pahala atau dosa) melainkan apa yang diusahakannya." (An-Naj:39). Bagi wanita-wanita yang memakai hijab dan dikatakan sedemikian, hendaklah bersabar, berusaha memuhasabah diri atas kritikan yang dibuat dan tidak pula menghukum wanita yang mengatakan sedemikian dgn kafir, jahil dan cercaan lain. Allah mengajar umat Islam dalam firmannya, "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik," (Al-Furqan:63). Wanita-wanita yang memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah yang Allah telah berikan kepada mereka, tetapi tidak pula menjadikan amalan hijabnya satu alasan untuk memandang rendah wanita lain kerana sifat sedemikian adalah keji dan sebahagian daripada penyakit hati.

Label:

Insuran Menurut Pandangan Ulama Muktabar
Majma' Buhuts Islamiyyah (Akademi Penyelidikan Islam) Universiti Al-Azhar, Mesir sedang dalam usaha mengumumkan secara rasmi fatwa mengenai keharusan faedah bank selepas Majma' tersebut bersepakat dalam mesyuarat terakhirnya pada 31 Oktober 2002 diketuai oleh Syeikh AL-Azhar Dr. Mohamed Sayyed Tantawi. Fatwa yang mengganggap faedah bank sebagai halal itu dipersetujui oleh majoriti ahli kecuali Dr. Abdel Fattah As-Syeikh dan Dr. Mohamed Ra'fat Uthman yang membangkang fatwa tersebut dan kedua-duanya berpegang bahawa ianya bertentangan dengan syariat Islam. Dalam konteks menerangkan jaminan pengharusan itu, ahli-ahli Majma' menegaskan bahawa mereka mengharuskan pelaburan harta di bank-bank dengan menentukan terlebih dahulu kadar pulangan dengan menganggap ianya termasuk dalam bab Al-Wakalah (Wakil-mewakil), dan harta-harta yang disimpan dalam bank itu dimasukkan dalam pembangunan dan perindustrian negara dan ia mewakili satu bahagian penting dalam ekonomi negara lagipun tidak ada keraguan riba padanya atau eksploitasi satu pihak ke atas pihak yang lain. Dr. Abdel Mu'thi Bayyoumi, (anggota Majma') berkata, : "Sesungguhnya apa yang diharuskan dan diputuskan oleh Majma' Buhuts Islamiyyah hingga hari ini ialah : pelaburan harta dalam bank yang ditentukan kadar pulangannya terlebih dahulu adalah halal, lagipun pengharusan bermuamalat (berurusan) dengan bank-bank yang menetapkan lebih awal kadar pulangan atau keuntungan itu, difokuskan kepada pelaburannya dan juga difokuskan kepada penetapan pulangannya, bukannya di atas makna faedah (interest). Dan ini tidak ada apa-apa dari segi syara'." Abdul Mu'thi menambah bahawa "Pelaburan yang dilakukan oleh bank terhadap harta-harta individu dalam pelaburan yang halal menyerupai penetapan lebih awal kadar pulangan itu termasuk dalam bab al-Wakalah, sebagaimana ianya menjaga harta daripada kerosakan hak yang kadang-kadang boleh membawa kepada kehilangan keuntungan harta pelabur". Beliau juga berkata bahawa "Penetapan kadar faedah menjamin tidak merosakkan pulangan atau keuntungan kepada pemilik harta dan al-Azhar as-Syareef akan mengeluarkan fatwa khas mengenai perbankan dengan draf terakhirnya selepas selesai pengkajiannya secara terperinci". Dr. Mohamed Ibrahim al-Fayyoumi (anggota Majma' Buhuts Islamiyyah) berkata bahawa pengharusan penetapan kadar keuntungan terlebih awal bagi harta-harta dalam bank, mempunyai beberapa pandangan (view), antaranya ialah tidak ada riba antara kerajaan dan rakyatnya, muamalat (urusan) dengan bank-bank yang menetapkan kadar faedah adalah harus memandangkan penjamin pertama bagi bank-bank itu adalah kerajaan. Tambahan lagi, harta yang diletakkan dalam bank itu dimasukkan dalam pembangunan dan perindustrian negara, pelaburan harta dalam bank itu boleh menyumbang kepada pembangunan menyeluruh kepada negara". Al-Fayyoumi menambah bahawa "resolusi (keputusan) Majma' Buhuts Islamiyyah adalah sah daripada segi syara' kerana dalam muamalah dengan bank (yang menetapkan dengan lebih awal kadar pulangan) tidak berlaku padanya muamalat seorang individu dengan individu yang lain, atau seorang penghutang dengan pemiutang. Makna eksploitasi pemiutang terhadap penghutang tidak terdapat dalam urusan (muamalat) ini". Beliau menjelaskan bahawa operasi bank dengan keuntungan bersama individu pemilik harta bermakna menjadikan bank sebagai wakil dalam melaburkan harta-harta ini. Al-Wakalah ini adalah disyariatkan dalam Islam. Pembangkang Di pihak lain, Dr. Mohamed Ra'fat Uthman (anggota Majma' Buhuts Islamiyyah) menolak persetujuan mengenai fatwa mengharuskan faedah bank. Beliau menjelaskan ianya haram secara mutlak, kerana, kalau diandaikan ia bukan riba sekalipun, ia termasuk dalam mudharabah faasidah (perkongsian perniagaan yang salah). Beliau menjelaskan bahawa mudharabah Islamiyyah maknanya ialah di sana mesti ada persetujuan di antara tuan punya harta dan individu atau pihak tertentu untuk melaburkan harta ini atas dasar pihak tadi akan mendapat nisbah daripada keuntungan. Adapun menetapkan jumlah tertentu daripada harta (sebagaimana yang berlaku dikebanyakan bank) untuk salah satu daripada dua pihak, ianya membawa kepada kerosakan mudharabah sebagai salah satu jalan pelaburan harta. Beliau menambah, seandainya dikatakan bahawa meletakkan harta di bank tujuannya untuk melabur, sesungguhnya menetapkan kadar keuntungan terlebih dahulu boleh membawa kepada gharar (penipuan) yang ditegah oleh syara' kerana padanya berlaku kehilangan habuan salah satu antara dua pihak. Beliau menjelaskan bangkangannya terhadap fatwa itu berasaskan kepada kaedah bahawa faedah bank yang telah ditetapkan terlebih dahulu tidak harus dari segi syara' dan tidak berlandaskan kepada ajaran Islam bahkan kita tidak boleh menganggapnya sebagai mudharabah Islam. Sementara itu, Dr. Abdul Fattah As-Sheikh (bekas Rektor Universiti Al-Azhar) bersetuju dengan pendapat Dr. Mohamed Ra'fat Uthman. Beliau menegaskan bahawa tidak harus meletakkan hukum pengharusan faedah bank. Ini disebabkan oleh muamalat bank yang pelbagai. Beliau menjelaskan, ia mesti dilihat kepada setiap muamalat di bank itu sendiri daripada segi objektifnya. Dari situ kita boleh melihat muamalat bank yang menyalahi ajaran agama Islam, maka ia diharamkan dan muamalat bank yang menepati ajaran Islam, maka ia diharuskan. Syeikh itu menambah, sekiranya diharuskan pelaburan di bank dengan mengganggapnya sebagai wakil daripada pemilik harta, maka disyaratkan pelaburan itu bertepatan dengan syariat Islam dan tidak bertembung dengan ajaran agama. Contohnya (tidak dibolehkan) pelaburannya dalam membina kilang-kilang arak atau pembinaan kawasan ternakan khinzir atau membina kelab malam dan lain-lain- tidak harus secara mutlak mengeluarkan fatwa mengenai keharusan faedah bank. Perhimpunan majma' yang mengharuskan faedah bank ini dihadiri oleh Dr. Mohamed Sayyed Tantawi (Syeikh Al-Azhar), Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq (Menteri Waqaf Mesir), Dr. Ahmed Omar Hasyim (Rektor Universiti Al-Azhar), Dr. Ahmad At-Tayyib (Mufti Mesir), Syeikh Mohammed Ar-Rawi, Dr. Abdel Fattah As-Sheikh, Dr. Badr Al-Minyawi, Dr. Abdel Mu'thi Bayyoumi, Dr. Abder-Rahman Al-'Adawi, Dr. Mohammed Ra'fat Uthman, Dr. Soufi Abou Talib, Dr. Taha Abu Kareeshah, Dr. Mohammed Ibrahim Al-Fayyoumi, Dr. Mohammed Rajab Al-Bayyoumi dan Dr. Hasan 'Abbas Zaki. Suka disebut bahawa fatwa "Faedah Bank" yang dijadualkan akan diumumkan tidak lama lagi, belum lagi dibentangkan atau didiskusikan dalam Lajnah Buhuth Fiqhiyyah (Lembaga Penyelidikan Fiqh) meskipun ianya adalah lajnah khusus bagi membincangkan kes yang seumpama ini bagi menentukan hukum syar'ie baginya, kemudian barulah dibentangkan kepada Majma' Buhuth Islamiyyah. Syeikh Yusof Al-Qardhawi (ulama Islam yang mendapat pengiktirafan luas di dunia Islam) pernah menegaskan dalam fatwanya yang lalu bahawa faedah (interest) tetap yang diambil oleh penyimpan di bank adalah riba yang diharamkan khususnya sekiranya penambahan modal penyimpan itu terhasil tanpa daripada jalan musyarakah (persyarikatan), tanpa mudharabah dan tanpa dari mana-mana jenis perniagaan, ini adalah riba yang diharamkan, tidak boleh mengambilnya. Majlis Majma' Fiqhi Islami dalam sidangnya yang kesembilan yang diadakan di bangunan Raabitah al-'Alam Al-Islami di Makkah al-Mukarramah pada hari Sabtu, 12 Rejab 1406 H hingga hari Sabtu, 19 Rejab 1406 H bersamaan 23 Mac 1986 hingga 30 Mac 1986M telah melihat dalam tajuk "Penularan Urus-Niaga Ribawi, Muamalah Orang Ramai Dengannya dan Ketiadaan Alternatif Lain Menggantikanya" mengambil keputusan bahawa orang-orang Islam seluruhnya wajib meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah daripada muamalah ribawiyyah (urusan yang berunsurkan riba) samada mengambil atau memberi dan juga menolong atas muamalah ribawiyyah dengan apa cara sekalipun supaya tidak jatuh ke atas mereka azab Allah. Ia menjelaskan bahawa setiap harta yang datang daripada jalan faedah ribawiyyah ianya adalah harta haram dari segi syara', tidak harus bagi seorang Muslim (penyimpan harta) memanfaatkannya untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana individu di bawah tanggungannya pada mana-mana keadaan sekalipun. Faedah bank itu hendaklah dibelanjakan untuk kemaslahatan umum umat Islam seperti untuk membina sekolah, hospital dan lain-lain. Membelanjakan wang faedah bank ini bukan termasuk dalam bab sedekah tetapi termasuk dalam bab membersihkan daripada yang haram. Sebagaimana juga mu'tamar kedua Majma' Buhuth Islamiyyah yang berlangsung di kota Kaherah pada bulan Muharram tahun 1385H bersamaan Mei 1965M dan ianya dihadiri oleh wakil-wakil daripada 35 negara Islam, mu'tamar itu membuat ijma' bahawa faedah yang dikenakan ke atas semua jenis hutang semuanya adalah riba yang diharamkan, tidak ada beza yang demikian itu antara apa yang dinamakan sebagai hutang penggunaan dan apa yang dinamakan sebagai hutang pengeluaran. Ini kerana nas-nas kitab dan Sunnah semuanya secara qat'ie mengharamkan kedua-dua jenis hutang tersebut. Akaun bertempoh, pembukaan kredit dengan faedah dan semua jenis hutang yang menyerupai faedah, semuanya adalah muamalat ribawiyyah dan ia adalah diharamkan. Majlis Majma' Al-Fiqh Al-Islam daripada Pertubuhan Mu'tamar Islam telah memutuskan dalam satu sidang mu'tamarnya yang kedua di Jeddah (10 hingga 16 Rabiul-akhir 1406H bersamaan 22 hingga 28 Disember 1985) bahawa setiap pertambahan (atau faedah) ke atas hutang yang telah sampai tempohnya dan penghutang tidak mampu menjelaskannya, begitu juga pertambahan (atau faedah) ke atas hutang sejak permulaan akad - kedua-dua bentuk ini adalah riba yang diharamkan oleh syara'. FAEDAH BANK TETAP HARAM WALAUPUN TELAH DIHALALKAN OLEH AL-AZHARDr. Yusof Al-Qardhawi telah menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diatur oleh Bank Islam Antarabangsa, di Doha (Qatar) yang dihadiri oleh sebilangan ulama dan ahli-ahli lembaga pengarah, staff-staff dan individu-individu lain. Qardhawi memulakan ucapannya dengan menegaskan bahawa faedah bank adalah HARAM. Beliau berkata, apa yang anda dengar tentang ucapan faedah bank itu, kami telah menjawabnya sebelum daripada ini dan pendapat Dr. Sayed Tantawi (yang mengatakan bahawa faedah bank adalah halal) adalah ganjil sekali, fatwanya disokong oleh Majma' Buhuts Islamiyyah (Al-Azhar, Mesir) dengan menyedari bahwa majma' ini jugalah yang pertama sekali mengeluarkan ketetapan secara terang-terangan bahawa faedah bank adalah haram iaitu ketetapan yang dikeluarkan pada tahun 1965 M yang diketuai oleh Syeikh Hasan Ma'mun (Syeikhul-Azhar ketika itu) dan disokong oleh syeikh-syeikh besar yang lain seumpama Ali Al-Khafif, Farg As-Sanhuri, Mohamed Abu Zahrah dan ulama-ulama besar yang lain. Hal ini tidak berhenti di situ sahaja, Majami' Fiqhiyyah Islamiyyah (Akademi-akademi Fiqh Islam) yang lahir selepas itu seperti Majma Fiqhi bagi Rabitah 'Alam Islami, Majma' Fiqhi Dauli (yang lahir daripada Mu'tamar Islami) dan lain-lain mu'tamar yang mewakili umat Islam semuanya bersepakat dengan tegas mengatakan bahawa faedah bank adalah AR-RIBA AL-MUHARRAM (Riba yang diharamkan). Qardhawi menegaskan bahawa beliau akan terus menangkis/menjawab terhadap kempen ini dan terhadap ulama-ulama Al-Azhar berhubung hal ini, dengan menjelaskan bahawa Majma' Buhuts Islamiyyah (Akademi Penyelidikan Islam - Al-Azhar, Mesir) kini sudah ketandusan ulama-ulama besar dan majma' ini sudah didominasi oleh professor-professor sejarah dan pendidikan, ahli-ahli fiqh sudah tiada, sekalipun ahli-ahli fiqh ini masih menjadi anggota dalam majma' itu, mereka tidak menghadirkan diri pada persidangan terakhir baru-baru ini. Qardhawi menyeru bank-bank Islam supaya memperbaiki perjalanannya dan keluar daripada lokap keuntungan serta melebarkan peranannya bagi memperjelaskan lagi pandangan Islam dalam pengurusan wang/harta. Beliau menegaskan lagi bahawa faedah yang ditentukan terlebih dahulu kadar pulangannya adalah riba yang diharamkan kerana riba adalah pertambahan bukan syar'ie ke atas modal. Sumber: AkhbarAl-Watan, Qatar. Dipetik & diterjemah dari Laman Qaradawi. Net

Label:

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai AkhiratBagaimana memudahkannya?LALUAN MENUJU KE KUBUR a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji b. Hindarkan perasaan irihati (benci) c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL a. Bersihkan diri dengan bertaubat b. Gembirakan hati orang Mu'min c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH TaalaLALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR a. Mengucap dua kalimah syahadat b. Suka memberi sedekah c. Berkata benar d. Bersihkan dan perbaiki hatiLALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat b. Sucikan perkataan dan pakaian c. Bersyukur dengan yang sedikit d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAHLALUAN MEMANTAPKAN AMALAN a. Jauhkan perkataan yang sia-sia b. Pendekkan cita-cita dunia c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH d. Banyakkan sedekah dan khairatLALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa c. Berpegang teguh dengan hukum syara' d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhlukLALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA a. Banyakkan membaca al-Quran b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu c. Tinggalkan perkara yang maksiat d. Jauhkan segala yang haramLALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh b. Kasihi orang yang soleh c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAHLALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD a. Kasihilah Nabi ALLAH b. Kasihilah Rasulluah c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Label:

WHY SCIENCE FAILS TO EXPLAIN GODAt an educational institution: Professing to be wise, they became fools .... "LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand. "You're a Muslim, aren't you, son?""Yes, sir.""So you believe in God?""Absolutely.""Is God good?""Sure! God's good.""Is God all-powerful? Can God do anything?""Yes."The professor grins knowingly and considers for a moment."Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?""Yes sir, I would.""So you're good...!""I wouldn't say that.""Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could in fact most of us would if we could... God doesn't."[No answer]"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God good? Hmmm? Can you answer that one?"[No answer]The elderly man is sympathetic. "No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones. Let's start again, young fella.""Is God good?""Er... Yes.""Is Satan good?""No.""Where does Satan come from?" The student falters."From... God...""That's right. God made Satan, didn't he?" The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience."I think we're going to have a lot of fun this semester, ladies and gentlemen."He turns back to the Muslim. "Tell me, son. Is there evil in this world?""Yes, sir.""Evil's everywhere, isn't it? Did God make everything?""Yes.""Who created evil?"[No answer]"Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things - do they exist in this world?"The student squirms on his feet. "Yes.""Who created them? "[No answer]The professor suddenly shouts at his student."WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice: "God created all evil, didn't He, son?"[No answer] The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails. Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther. The class is mesmerised."Tell me," he continues,"How is it that this God is good if He created all evil throughout all time?" The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world. "All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture, all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"[No answer]"Don't you see it all over the place? Huh?"Pause."Don't you?"The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"[No answer]"Do you believe in God, son?"The student's voice betrays him and cracks."Yes, professor. I do." The old man shakes his head sadly. "Science says you have five senses you use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?"No, sir. I've never seen Him.""Then tell us if you've ever heard your God?""No, sir. I have not.""Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God... in fact, do you have any sensory perception of your God whatsoever?"[No answer]"Answer me, please.""No, sir, I'm afraid I haven't.""You're AFRAID... you haven't?""No, sir.""Yet you still believe in him?""... yes...""That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling. According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says your God doesn't exist. What do you say to that, son? Where is your God now?"[The student doesn't answer]"Sit down, please." The Muslim sits... Defeated.Another Muslim raises his hand. "Professor, may I address theclass?"The professor turns and smiles. "Ah, another Muslim in the vanguard! Come, come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering." The Muslim looks around the room. "Some interesting points you are making, sir. Now I've got a question for you."Is there such thing as heat?"Yes, the professor replies. "There's heat.""Is there such a thing as cold?""Yes, son, there's cold too.""No, sir, there isn't."The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues. You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat, white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'.We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold, otherwise we would be able to go colder than458 - - You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold."Heat we can measure in thermal units because heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."Silence. A pin drops somewhere in the classroom."Is there such a thing as darkness, professor?""That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness? What are you getting at...?"So you say there is such a thing as darkness?""Yes...""You're wrong again, sir. Darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you... give me a jar of darker darkness, professor?" Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him. This will indeed be a good semester."Would you mind telling us what your point is, young man?""Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error....""The professor goes toxic. "Flawed...? How dare you...!""Sir, may I explain what I mean?"The class is all ears."Explain... oh, explain..." The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself. He waves his hand to silence the class, for the student to continue."You are working on the premise of duality," the Muslim explains. That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought. It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fully understood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing."Death is not the opposite of life, merely the absence of it." The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it."Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts, professor. Is there such a thing as immorality?""Of course there is, now look...""Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No."Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?" The Muslim pauses."Isn't evil the absence of good?"The professor's face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.The Muslim continues. "If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will, choose good over evil."The professor bridles. "As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other theological factor as being part of the world equation because God is not observable.""I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies. "Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolvedfrom a monkey?""If you are referring to the natural evolutionary process, youngman, yes, of course I do.""Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?"The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare."Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist, but a priest?""I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?" the professor hisses."So you don't accept God's moral code to do what is righteous?""I believe in what is - that's science!""Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin."Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed...""SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters. The class is in uproar. The Muslim remains standing until the commotion has subsided."To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room."Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen, molecules, atoms, the professor's brain?"The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.Is there anyone here who has ever heard the professor's brain... felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly. It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor has no brain."NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT GOD, ABOUT THE PURPOSE OF Existence, creation & life, ABOUT THE PROPHETS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN. THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT. ALLAAH SAYS IN THE HOLY: "THERE IS NO COMPULSION IN RELIGION "There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allaah(The God) has grasped a firm handhold which will never break. and Allaah is ALL-Hearing, All-Knowing(256)Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve, their guardians are false deities. They bring them out of light into darkness...(257)" AL-QUR'AAN (CHAPTER # 2, VERSES #256-257) They are much nicer and more sound in Arabic)The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!

Label:

10 peringatan bumi Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.Berkata Anas Bin Malik r. a;Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita. 9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Label:

Mengapa Khinzir Haram Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia. Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 ) Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1,

Label:

Ahad, 13 Julai 2008


Hukum-Hakam MubahalahJulai 9, 2008 — mohd masri
Hukum-Hakam Mubahalah

Al-Mubahalah (المباهلة) membawa maksud al-Mula’anah (الملاعنة) iaitu saling laknat melaknati. Dalam ertikata lain, saling berdoa diturunkan laknat ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah. (Sila lihat al-Qamus al-Muhith)
Mubahalah ini suatu yang dibenarkan (disyariatkan) di dalam Islam bertujuan menyatakan kebenaran dan memusnahkan kebatilan, juga untuk menegakkan hujah ke atas orang yang berpaling dari kebenaran setelah kebenaran itu ditegakkan ke atasnya.
Asas kepada pensyariatan Mubahalah ini ialah firman Allah S.W.T.
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Maksudnya: “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpa ke atas orang yang berdusta.” (Ali Imran: 61)
Ayat ini diturunkan sempena dengan kedatangan wakil Nasara Najran ke Madinah yang berhujjah dengan Nabi S.A.W. tentang keyakinan batil mereka berkenaan Isa A.S. namun mereka tetap berkeras dengan keyakinan mereka yang batil itu setelah Nabi S.A.W. mendatangkan hujah yang jelas kepada mereka. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat di atas supaya Nabi S.A.W. mencabar utusan Nasara itu untuk bermubahalah, namun cabaran itu telah ditolak oleh mereka disebabkan rasa takut atas perbuatan dusta mereka.
Dalam mubahalah setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika dia berada di pihak yang salah. Sebagai contoh satu pihak diminta menyebut: “Ya Allah! jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku”. Sementara pihak yang lain menyebut: “Ya Allah! jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku”.
Apakah Mubahalah khas untuk Nabi S.A.W. sahaja?Tidak ada bukti yang menunjukkan mubahalah adalah khusus untuk Nabi S.A.W. sahaja. Bahkan mubahalah adalah suatu perkara yang dibenarkan kepada umat Baginda S.A.W. sehinggalah berlakunya kiamat. Ia juga tidak dikhususkan bersama Ahli Kitab sahaja, sebaliknya terhadap setiap golongan yang berselisih. Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi di dalam salah satu fatwanya menyebut:
ليست المباهلة خاصة بالرسول صلى الله عليه وسلم مع النصارى ، بل حكمها عام له ولأمته مع النصارى وغيرهم ، لأن الأصل في التشريع العموم ، وإن كان الذي وقع منها في زمنه صلى الله عليه وسلم في طلبه المباهلة من نصارى، فهذه جزئية تطبيقية لمعنى الآية لا تدل على حصر الحكـم فيها
Maksudnya: “Mubahalah bukanlah dikhususkan kepada Rasulullah S.A.W. bersama Nasara sahaja, akan tetapi ianya umum kepada Baginda dan kepada umat Baginda samaada bersama Nasara atau lainnya. Ini kerana asal dalam pensyariatan hukum, hukum itu umum (untuk semua, bukan khusus untuk Nabi), sekalipun mubahalah yang berlaku di zaman Nabi S.A.W. antara baginda dan Nasara Najran. Ini hanyalah sebahagian perlaksanaannya terhadap makna ayat (al-Quran), bukan menunjukkan terhad kepada hukum dalam keadan itu sahaja.” (Bil. Fatwa: 623
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebut antara pengajaran dari kisah cabaran Mubahakah antara Nabi S.A.W. dengan Nasara Najran ialah:
أن السُّنَّة في مجادلة أهل الباطل إذا قامت عليهم حجة الله، ولم يرجعوا بل أصروا على العناد أن يدعوهم إلى المباهلة، وقد أمر الله ـ سبحانه ـ بذلك رسوله، ولم يقل: إن ذلك ليس لأمتك من بعدك, ودعا إليه ابن عمه عبد الله بن عباس لمن أنكر عليه بعض مسائل الفروع، ولم ينكر عليه الصحابة، ودعا إليه الأوزاعي سفيان الثوري في مسألة رفع اليدين ولم ينكر ذلك عليه، وهذا من تمام الحجة
Maksudnya: “Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abd Allah bin ‘Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat” (Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563)
Al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab juga pernah menyeru orang-orang yang menentangnya untuk bermubahalah sepertimana yang tercatit di dalam salah satu risalahnya:
وأنا أدْعُوْ مَنْ خَالَفَنِيْ إلى أحَدِ أرْبَع: إمَّا إلى كتاب الله، وإما إلى سنة رسوله، وإما إلى إجماع أهل العلم، فإن عاند دعوته إلى المباهلة
Maksudnya: “Dan aku menyeru kepada sesiapa yang menentangku kepada salah satu dari empat perkara: samaada kembali kepada Kitab Allah, atau kembali kepada Sunnah RasulNya, ataupun kembali kepada ijma’ para ulama atau jika dia degil juga aku menyeru dia kepada Mubahalah.”
Syarat-Syarat Mubahalah
(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah
2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.
3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.
4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.
5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.
Kesan Mubahalah
1. Ibn Hajar al-‘Asqallani berkata: “Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”
2. Seorang ulama India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari (الشيخ أبوالوفا ثناء الأمرتسري) telah melakukan mubahalah dengan Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang mendakwa dirinya seorang Nabi. Lalu Allah S.W.T. membinasakan Mirza Ghulam Ahmad selepas setahun dari hari mubahalahnya. Manakala al-Syeikh Abi al-Wafa’ terus dipanjangkan umurnya hampir 40 tahun selepasnya. (Sila lihat al-Qadyaniyyah Dirasaat wa Tahlil oleh Ustaz Ihsan Ilahi Zahir. m.s. 154-159)

Label:

Hukum Berdoa kepada pemerintahJulai 9, 2008 — mohd masri


Soalan:
Apakah doa kepada pemimpin termasuk dalam perkara asas Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah? Saya mengharapkan penjelasan dalam perkara ini.
Jawapan:Oleh: Dr. Nasir bin Abd al-Karim al-‘AqlPensyarah Aqidah di Universiti al-Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah
Ya, termasuk di dalam asas Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah memberi nasihat kepada pemimpin umat Islam sepertimana yang thabit dari Nabi S.A.W. di dalam hadith baginda: (Mafhumnya) “Agama itu ialah dengan memberi nasihat.”
Pemimpin umat Islam ialah orang-orang yang mengurus urusan mereka, dan termasuk di dalam maksud nasihat kepada mereka ialah dengan berdoa kepada mereka, bahkan semua orang yang berakal dalam mengetahui, doa kepada pemerintah itu akan kembali kebaikannya kepada umat Islam di dunia dan akhirat.
Berdasarkan ini, maka doa kepada pemerintah termasuk di dalam Usul al-Mu’tabarah. Generasi salaf al-Soleh saling menukilkan perkataan al-Fudhail bin ‘Iyadh:
“لو أنَّ لِيْ دَعْوَة مُسْتَجَابَة مَا صَيَّرْتُها إلا لِلْإمَام”
Maksudnya: ‘Kalaulah aku memiliki doa yang mustajab, tidak aku jadikannya melainkan untuk pemimpin.”
Sebab perkataan beliau ini ialah kerana kebaikan pemimpin itu akan membawa kepada kebaikan untuk rakyat dan negara. Maka generasi al-Salaf menjadikan perkataan ini sebagai kaedah ke atas hak pemerintah. Imam Ahmad berkata kepada pemerintah di zamannya:
“وإني لأدعو له بالتسديد والتوفيق بالليل والنهار والتأييد، وأرى ذلك واجباً عليَّ!”.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya aku, benar akan berdoa kepada pemimpin, untuk ketepatan, taufiq dan kekuatan malam dan siang, aku melihat ianya satu kewajipan ke atas ku.” (al-Sunnah oleh al-Khallal 1/83, dan al-Hilyah 8/91)
al-ahkam

Label:

Had Keuntungan dalam perniagaan
Julai 9, 2008 — mohd masri
Ustaz Abdul Kadir

Majlis Kesatuan Fiqh Islami pada persidangan ke- 5 di Kuwait dari 1-6 Jumadilawwal 1409 bersamaan 10-15 Disember 1988M.
Setelah meneliti kajian-kajian oleh ahli dan pakar dalam persoalan menetapkan keuntungan perniagaan, dan setelah mendengar perbahasan sekitarnya membuat keputusan seperti berikut:
1. Hukum asal yang diperakui oleh nas-nas dan kaedah-kaedah syara’ memberi kebebasan kepada orang ramai dalam urusan jual beli, menguruskan barang-barang dan harta mereka di bawah peruntukan-peruntukan hukum-hakam syariah dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, sebagai mempraktikkan firman Allah S.W.T: (Maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil, melainkan kamu mengadakan urusan perniagaan sesama yang saling meredhai.”
2. Tidak ada had keuntungan tertentu yang ditetapkan kepada para peniaga di dalam perniagaan mereka. Bahkan ianya diserahkan kepada mereka berdasarkan situasi-situasa umum perniagaan, situasi peniaga dan barang perniagaan dengan meraikan adab-adab yang dituntut oleh syariah seperti bertimbangrasa, rasa cukup, kemurhan hati dan memberi kemudah.
3. Himpunan nas-nas syara’ menunjukkan wajibnya perniagaan itu bebas daripada anasir-anasir haram seperti penipuan, helah pemalsuan, mengelirukan, memalsukan keuntungan sebenar dan memonopoli barang yang akan memudharatkan individu dan masyarakat.
4. Pemerintah tidak masuk campur untuk menentukan harga barang melainkan jika berlaku ketidakseimbangan yang jelas dipasar dan pada harga-harga barang, ketika itu pemerintah masuk campur dengan cara yang adil yang dapat menghalang dari faktor-faktor dan sebab-sebab ketidakseimbangan, kenaikan harga, penipuan, dan kejahatan.
——————
قرار رقم : 46 (8/5)تحديد أرباح التجار
مجمع الفقه الإسلامي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي 16/2/142923/02/2008
إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي المنعقد في دورة مؤتمرها الخامس بالكويت من 1-6 جمادى الأول1409هـ الموافق10-15 كانون الأول (ديسمبر)1988م،بعد اطلاعـه على البحوث المقدمة من الأعضاء والخبراء في موضوع تحديد أرباح التجار ، واستماعه للمناقشات التي دارت حوله ،قرر ما يلي :أولاً : الأصل الذي تقرره النصوص والقواعد الشرعية ترك الناس أحراراً في بيعهم، وشرائهم، وتصرفهم في ممتلكاتهم وأموالهم، في إطار أحكام الشريعة الإسلامية الغراء وضوابطها ، عملاً بمطلق قول الله تعالى : (يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم ) .ثانياً : ليس هناك تحديد لنسبة معينة للربح يتقيد بها التجار في معاملاتهم ، بل ذلك متروك لظروف التجارة عامة، وظروف التاجر والسلع ، مع مراعاة ما تقضي به الآداب الشرعية من الرفق، والقناعة، والسماحة، والتيسير .ثالثاً : تضافرت نصوص الشريعة الإسلامية على وجوب سلامة التعامل من أسباب الحرام وملابساته كالغش ، والخديعة ، والتدليس ، والاستغفال ، وتزييف حقيقة الربح، والاحتكار الذي يعود بالضرر على العامة والخاصة .رابعاً : لا يتدخل ولي الأمر بالتسعير إلاّ إن حدث خلل واضح في السوق والأسعار ، ناشئ من عوامل مصطنعة ، فإن لولي الأمر حينئذ التدخل بالوسائل العادلة الممكنة التي تقضي على تلك العوامل وأسباب الخلل والغلاء، والغبن، الفاحش .
والله الموفق

Label:

Apa ada dengan pertengahan sya’ban? Apa ada dengan nisfu sya’ban?

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Akan tetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya’ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yang mendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak di ajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.
Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Sudahlah mennyebarkan bid’ah, kita lalai, lupa sehingga menjadi tali barut penipu dan pendusta dengan menipu masyarakat menggunakan nama Rasul. Ibadah yang tak pernah di ajar Nabi SAW dikatakan di ajar oleh Rasulullah SAW.
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)
Ustaz Asri Zainul Abidin menyebutkan:
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. samada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith. Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah:
“Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Apakah modal-modal atau hadiith-hadith palsu yang dijadikan hujah untuk menipu masyarakat ini dan secara tak langsung mengkhianati agama wahyu yang telah sempurna ini?
a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban
Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:
- Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..
Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).
Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.
- Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).
Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.
Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.
Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)).
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).
Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).
Beliau menambah lagi:
((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:
((Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya’ban.
Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi:
((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).
(Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)
Untuk apa kita sibuk-sibuk beramal dengan yang tidak sunnah sedangkan berapa banyak sunnah yang kita abaikan. Bahkan berapa ramai daripada kita meremehkan sunnah-sunnah ada, walaupun sudah mengetahui tentang nya. Lihatlah apa jadi dengan sunnah solat menghadap ke sutrah. Bid’ah nisfu sya’ban lebih popular dengan sunnah yang makin dilupakan ini, bahkan dipandang pelik orang yang sibuk-sibuk mencari dinding atau objek untuk dijadikan sutrah. Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan bersiwak waktu nak solat, waktu nak baca al-Quran? Berapa ramai daripada kita bila mendengar azan akan berselawat? Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi SAW ajar? Lihatlah, bid’ah semakin membiak dan sunnah semakin pupus.
Wassalam.

Label: ,

FATWA

[ Solat Di Gereja ]
Soalan Pertama : (1) Apakah hukum menunaikan solat di gereja?

Jawapan:

Dalam permasalahan ini, Dr Yusof Al-Qardawi dalam Kitab Fatawa Muasarah jilid 1 telah menyatakan bahawa harus bagi seseorang Muslim untuk menunaikan solat di dalam gereja berdasarkan pada hadis Nabi (SAW) yang bermaksud: “Telah dianugerahkan padaku lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku- Nabi (SAW) menyebut salah satu dari lima perkara tersebut ialah: dan dijadikan bumi ini bagiku tempat sujud; suci lagi menyucikan. Maka mana-mana lelaki dari kalangan umatku apabila solat menjadi wajib keatasnya, hendaklah dia solat”.

Dari hadis ini diiktibarkan seluruh bumi atau tanah (yang suci dari najis) sebagai tempat sujud bagi seseorang Muslim dan merupakan tempat untuk sujud dan solat padanya. Tempat ini termasuklah gereja dan seumpamanya tetapi adalah lebih aula(baik/ afdal) dijauhi daripada solat di tempat-tempat seumpama ini kerana takutkan syubhah. Jika sekiranya tidak didapati tempat selain gereja atau seumpamanya maka dibolehkan solat padanya,

maka ketahuilah bumi ini adalah milik Tuhan dan seluruh bumi ini tempat sujud bagi orang Islam. Dan sesungguhnya Umar Al-Khattab itu hampir-hampir menunaikan solat di gereja yang bernama Al-Qiyamah ketika dikatakan padanya: “sembahyanglah olehmu” . Maka dia menjawab: “Tidak , aku tidak akan tunaikan solat di sini sehinggalah tidak datang orang-orang Islam selepasku lalu mereka berkata: “ di sini (Al-Qiyamah) Umar telah tunaikan solat”. Lalu mereka mengambilnya sebagai tempat sujud bagi orang Islam.

[ Isteri Memendekkan Rambut ]
Soalan Kedua: (1) Apakah hukum seseorang perempuan yang telah berkahwin menggunting atau memendekkan rambutnya?

Jawapan :

Telah dihuraikan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam Kitab Fatawa Al-Muasarah jilid 3 bahawa di sana ada jenis pemotongan atau pemendekan rambut yang tidak memberi kesan pada lelaki (suami).
Sekiranya pemotongan itu dikira pemotongan yang sedikit yang menjadi adat seorang perempuan dari semasa ke semasa sehinggalah rambutnya tidak menjadi terlalu panjang dan menyusahkan perempuan itu menjaganya. Dan pemotongan atau pemendekan itu menjadi satu kebiasaan dari kebanyakkan wanita. Maka pemotongan jenis ini tidak perlu kepada keizinan suaminya.
Jika sekiranya jenis pemotongan yang merubah rupa seorang wanita dan kadang-kadang menjadi seolah-olah perempuan lain di hadapan suaminya . Dalam masa yang sama suaminya telah biasa dengan wajah isterinya yang sebelumnya itu. Maka pemotongan atau pemendekan jenis ini memerlukan keizinan dari suaminya sebelum merubahnya agar dapat dikekalkan kasih sayang antara suami dan isteri tersebut.
Haram bagi perempuan untuk menzahirkan rambutnya di jalanan (luar rumah) dan di hadapan lelaki ajnabi. Dan perempuan yang berakal ialah perempuan yang mengambil berat terhadap perkara-perkara yang boleh mengekalkan kasih sayang antara dia dan suaminya. Dengan itu akan lahirlah rumahtangga yang bahagia yang menjadi asas masyarakat Islam.
Rujukan : Kitab Fatawa Al-Muasarah oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi jilid 3 muka surat 572. Terjemahan : Ustaz Ahmad Munif Bin Mat Amin (Exco Dakwah KPT)
[ Percepat Dan Perlambatkan Haid ]

Soalan Ketiga : Apakah hukumnya mempercepatkan atau memperlambatkan perjalanan haid ?

Jawapan :
Bagi permasaalahan ini, ulama berpendapat bahawa haram seseorang perempuan mempercepatkan dan melambatkan Haid.
Mereka berdalilkan:
1. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Mereka bertanya kepada kamu tentang Haid, katakan kepada mereka bahawa Haid itu adalah kotoran / penyakit”
Surah Al Baqorah ayat: 222
Di mana sebahagian ulama tafsir menafsirkan ayat tersebut dengan maksud: mereka bertanya tentang menyekat Haid.
2. Haid merupakan darah tabie ataupun semulajadi yang diciptakan oleh Allah bagi perempuan. Kemungkinan dengan menyekat perjalanan Haid akan membawa kemudharatan terhadap seseorang perempuan kerana ia merupakan lebihan dari tubuh badan seumpama najis dan air kencing.
Jadi, melakukan perkara yang membawa kemudharatan diri adalah haram berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan”
Begitu juga, sabda nabi SAW yang bermaksud : Tiada mudharat dan perkara yang memudharatkan di dalam Islam”
3. Apabila seseorang perempuan mempercepatkan Haid dengan apa-apa cara, ia akan menyebabkan haram ke atasnya jimak, sembahyang, puasa, tawaf dan selainnya.
Ini merupakan perkara yang dilarang kerana ianya adalah perbuatan/ kehendak manusia itu sendiri berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “ Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi kamu”
4. Jika sekiranya mempercepatkan dan melambatkan Haid bertujuan untuk maslahat seumpama untuk melakukan tawaf, menyempurnakan puasa sebulan dibulan Ramadhan ataupun ibadat selain dari itu.
Jadi perbuatan ini akan menutup pintu kemudahan yang dikurniakan oleh syariat Islam. Perbuatan ini juga akan menafikan prinsip mengangkat kesempitan ( A’damul Haraj ) di dalam syariat Islam. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “ Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu dan tidak mengkehendaki kesusahan bagi kamu”
Kesimpulannya, berdasarkan dari dalil- dalil yang dikemukan tersebut, jelas kepada kita bahawa haram ke atas seseorang perempuan mempercepatkan dan melambatkan Haid.
Rujukan : Kitab Qadhaya Muashorah - Doktor Bilal Hamid Ibrahim Bilal

Label: