Sabtu, 23 Ogos 2008

Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu dan Jenis-jenis Dadah Baru Yang Lain
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 76


Tarikh : 21-23 Nov 2006
Keputusan Muzakarah :

" Dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybuytric Acid ( GHB ).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan."

Label:

Menternak Binatang Dua Alam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 26Tarikh : 7 Mac 1990

Keputusan Muzakarah :

" i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.
ii. Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama' -
a. Menurut jumhur ulama' , perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.
b. Menurut Mazhab Maliki , perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus. "
Imunisasi Hepatitis B
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 22 Tarikh : 24 November 1988


Keputusan Muzakarah :
" Vaksin untuk imunisasi Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan kerana ragi adalah suatu bahan yang suci. "
Penyuntikan Highly Purified Insulin Daripada Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke - 6
Tarikh : 10 Oktober 1983

Keputusan Muzakarah :

" Hukum menyuntikkan Insulin daripada najis mughalazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan penyuntikannya. "
Baja Daripada Tahi Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 2 Tarikh : 12 Mei 1981


Keputusan Muzakarah :

" Berdasarkan nas daripada kitab tersebut di atas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan seperti berikut -

( a ) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh

( b ) Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu , darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal. "
Penyembelihan Ayam Dengan Pelalian Water Stunner
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22
Tarikh : 24 November 1988
Keputusan Fatwa :
" Penggunaan pelalian 'Water Stunner' dalam proses penyembelihan ayam adalah harus".
Penggunaan Bulu Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12
Tarikh : 21-22 Januari 1985
Keputusan Fatwa :
" Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan".
Gas Daripada Tahi Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2
Tarikh : 12 - 13 Mei 1981
Keputusan Fatwa :
' Gas yang diproses daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci'.
Gas Daripada Tahi Babi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2
Tarikh : 12 - 13 Mei 1981
Keputusan Fatwa :
' Gas yang diproses daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci'.
Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-37
Tarikh : 23 Mac 1995
Keputusan Fatwa :
' Bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.006%'.
Bioteknologi Dalam Makanan dan Minuman
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa
Tarikh : 12 Julai 1999
Keputusan Fatwa :
a) Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio teknologi DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya adalah haram.
b) Penggunaan bio teknologi DNA babi dalam pemerosesan barangan, makanan dan minuman belum lagi sampai ke tahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain.
Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan
Muzakaran Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 22
Tarikh : 24 November 1988
Keputusan Fatwa :
' Kordial yang mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya :
a) Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
b) bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.
Keju Sebagai Bahan Makanan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 27
Tarikh : 3 Oktober 1990
Keputusan Fatwa :
" Keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih".

Print Format
Pengirim: jafri
Tarikh: 15/09/2004
Capaian : 19962
Agen Aktif Dalam Makanan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 26
Tarikh : 7-8 Mac1990
Keputusan Fatwa :
' Penggunaan agen aktif permukaan di dalam makanan adalah harus, dengan syarat sumber-sumber agen aktif permukaan tersebut diperolehi daripada tanaman dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut cara Islam'.
ISU HALAL HARAM MAKANAN: KES SURIMI
Oleh
Aminah Abdullah, Nurul Huda dan Abdul Salam Babji
Program Sains Makanan
Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi 43600, Selangor D. E. Malaysia
Abstrak
Surimi juga dikenali sebagai pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pencucian dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan sejukbeku. Surimi mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan sifat fungsian yang terkawal sebagaimana isi ikan segar serta dapat disimpan sehingga satu tahun tanpa mengalami perubahan. Dalam sistem makanan surimi merupakan bahan utama dalam produk makanan seperti sosej, bebola, mi, keropok, ketam tiruan dan produk makanan lainnya yang dikenali sebagai produk makanan berasaskan surimi. Pada tahun 1994, pengeluaran produk makanan berasaskan surimi mencapai 1 juta tan dengan pasaran utama adalah di Jepun, Amerika Syarikat, Korea dan negara-negara Eropah. Pada masa ini, negara-negara yang didiami oleh umat Islam telah mula diperkenalkan dan menerima produk-produk makanan ini. Walau bagaimanapun terdapat masalah penggunaan surimi ini bagi umat Islam. Beberapa hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bagi tujuan meningkat dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, plasma protein darah haiwan telah dicampur ke dalam surimi. Mengikut Al-Quran, darah merupakan bahan yang haram untuk digunakan sebagai bahan makanan, tanpa mengira jumlah yang digunakan. Oleh itu adalah penting bagi pihak-pihak yang berwajib di negara-negara yang majoriti umat Islam memberi perhatian sewajarnya mengenai isu Halal Haram berkaitan dengan surimi. Penggalakan pelabelan status Halal pada sesuatu bahan makanan merupakan tindakan terbaik dan tentunya memberikan keselesaan bagi umat Islam dan pulangan yang menguntungkan bagi para pengusaha makanan.
Kata Kunci: Makanan, Surimi, Protein Plasma Darah, Status Halal Haram,
======================================================
*Disampaikan pada seminar bersama "UKM-UNRI" di Pekan Baru, Riau, Indonesia, 8 Mei 2000.
Pendahuluan
Di seluruh kawasan perairan, dijangkakan terdapat lebih daripada 20,000 spesies ikan Walaupun demikian hanya sekitar 1% sahaja yang telah digunakan secara meluas sebagai bahan makanan dalam hidangan harian. Kesan kebudayaan, tabiat makan dan ciri-ciri semulajadi ikan yang tidak disukai seperti saiz, citarasa, rupabentuk dan faktor-faktor lainnya sangat mempengaruhi penerimaan sesuatu spesies ikan sebagai bahan makanan. Semakin diterima sesuatu jenis ikan, semakin tinggi pula nilai ekonominya. Begitu pula sebaliknya. Berdasarkan faktor ini, ikan boleh dikelaskan sebagai ikan ekonomi penting dan ikan kurang dimanfaatkan.
Dalam suatu operasi penangkapan ikan, terutamanya ikan laut, berbagai jenis dan ukuran ikan yang ditangkap. Ikan-ikan ekonomi penting akan mendapatkan tumpuan pengawalan kualiti, namun tidak demikian halnya dengan ikan kurang dimanfaatkan. Amalan paling teruk yang dilakukan terhadap ikan kurang dimanfaatkan adalah pembuangan ke laut. Di kawasan perairan Arafura sahaja (Indonesia), pembuangan ikan kurang dimanfaatkan ke laut mencapai jumlah 117,000 tan setiap tahun. Dijangkakan jumlah ikan yang dibuang ke laut pada peringkat dunia berkisar antara 5 – 20 juta tan setiap tahun (Clucas dan Ward, 1996).
Perhatian terhadap ikan kurang dimanfaatkan dan pemprosesannya menjadi bahan makanan merupakan hal yang disyorkan negara-negara yang memiliki sumberdaya ikan yang besar. Berbagai teknologi telah dikembangkan dan salah satunya yang mendapatkan perhatian adalah teknologi Surimi. Objektif kertas kerja ini adalah untuk memaparkan penggunaan teknologi surimi dalam peningkatan pemanfaatan hasil perikanan dan tindakan-tindakan yang mesti diambil kira oleh berbagai pihak bagi memastikan penggunaan teknologi ini tidak menimbulkan percanggahan bagi masyarakat Islam.
Pemprosesan surimi
Surimi dapat dinyatakan sebagai suatu teknologi bagi menghasilkan suatu pekatan protein basah daripada isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pembasuhan dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan beku. Teknologi ini dikembangkan berasaskan kaedah pemprosesan kamaboko, suatu produk makanan tradisional dari Jepun yang telah dipraktikkan semenjak 900 tahun yang lalu. Pada tahun 60-an, teknologi ini berkembang cepat dan memasuki tahap industri setelah penyelidik-penyelidik dari Hokkaido Fisheries Laboratory, Jepun menemukan kaedah untuk menstabilkan surimi melalui penggunaan sebatian kimia yang dikenali sebagai pengkriokawalan (cryoproyectant). Teknologi ini makin berkembang setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Eropah pada tahun 1980-an. Jika pada tahun 1965 hanya 32 tan surimi dihasilkan, jumlah ini meningkat sehingga 380 tan pada tahun 1975 dan mencapai 400,000 tan pada tahun 1994 (Lee, 1984; Kok et al, 1994). Pada saat ini beberapa negara di Asia Tenggara seperti Thailand dan Malaysia telah memulakan kegiatan pemanfaatan sumberdaya ikan kurang dimanfaatkan dengan mengunakan teknologi surimi. Bagi negara Malaysia, pada masa ini terdapat lebih daripada 4 kilang pemprosesan surimi dengan pengeluaran mencapai 1,068.90 tan pada tahun 1995. Pengeluaran ini telah meningkat sehingga 1,250.28 tan pada tahun 1996 (Jabatan Perikanan, 1997).
Spesies ikan yang digunakan bagi penghasilan surimi terdisi daripada spesies ikan berharga murah, kurang dimanfaatkan, memiliki isi berwarna putih dengan sifat keupayaan menggel (gelling ability) yang tinggi, hidup dalam jumlah yang banyak dan tersedia sepanjang tahun. Setakat ini bahan utama penghasilan surimi adalah ikan Alaska pollack (Theragra chalcogramma). Ikan ini tersebar secara meluas pada kawasan perairan sekitar Jepun, Rusia, Kanada dan Amerika Syarikat. Beberapa spesies ikan lainnya seperti Cod, Northern squafish,
Pacific whiting, Pacific herring dan Sardine juga merupakan spesies-spesies ikan yang berpeluang untuk digunakan. Bagi kawasan Asia, spesies ikan yang mempunyai potensi untuk digunakan bagi penghasilan surimi adalah spesies ikan Threadfin Bream (Nemipterus sp.), Purple-spotted bigeye (Priacanthus sp.) dan Lizardfish (Synodontidae) (Holmes et al, 1992)
Lazimnya pemprosesan surimi dilakukan dalam empat tahap iaitu pengasingan isi ikan, pembasuhan, pencampuran kriokawalan dan pembekuan (Rajah 1). Pengasingan isi ikan dilakukan dengan mesin pemisah isi ikan (mechanically fish deboned). Sebelum isi ikan diasingkan ikan mesti bersih daripada kotoran dan benda-benda yang tak diinginkan Bagi ikan bersaiz besar, pembuangan kepala dan usus perlu dilakukan sebelum pengasingan isinya. Isi ikan yang dihasilkan di basuh dengan air sejuk yang bersih sebanyak 4 x ganda berbanding dengan isi ikan untuk memastikan ianya bebas daripada kotoran, darah, lemak, enzim dan protein sarkoplasmik. Tujuan pembasuhan ini untuk medapatkan isi ikan yang berwarna putih, serta meningkatkan keupayaan menggel isi ikan (Lee, 1984; Toyoda et al, 1992). Penyelidikan yang dilakukan menunjukkan pembasuhan yang paling sesuai dilakukan ialah dua kali pembasuhan. Sesetengah pengilang menggunakan air sejuk yang mengandungi 0.2% garam pada pembasuhan terakhir
Isi ikan yang bersih dicampur dengan pengkriokawalam 10% sukrosa atau campuran 4% sukrosa dan 4% sorbitol. Sebatian polifosfat juga ikut dicampur bersama pada jumlah 0.3%. (Lee, 1984; Toyoda et al, 1992). Tujuan pencampuran sebatian-sebatian tersebut adalah bagi mencegah kerosakan protein ikan semasa penyimpanan beku berikutan kemampuannya menstabilkan protein melalui penyingkiran bahan terlarut daripada permukaan protein dan meningkatkan kekuatan interaksi antara molekul hidrofobik semasa penyejukbekuan dan penyimpanan sejukbeku (MacDonald dan Lanier, 1991). Isi ikan yang telah dicampur dengan pengkriokawalan kemudian dibentuk menjadi blok bersaiz 37.5-cm x 55-cm x 5-cm seberat 10 kg. Blok surimi kemudian dibungkus dengan pembungkus plastik polietilena dan dibekukan sehingga suhu bahagian tengah blok mencapai –20oC atau lebih rendah. Pembekuan ini harus dilakukan secara cepat dan lazimnya diselesaikan dalam jangka masa 4 - 6 jam. Bagi tujuan penyimpanan, blok surimi di pek dalam kotak kertas yang tebal dan disimpan pada suhu -18oC hingga - 20 oC (Tan et al, 1989). Walaupun terdapat perbezaan mutu surimi berdasarkan spesies ikan yang digunakan, lazimnya surimi yang dihasilkan mengikut pemprosesan yang biasa dapat disimpan sehingga satu tahun berbanding degan masa penyimpanan ikan segar yang terhad kepada beberapa bulan sahaja.
Ikan
Pembuangan kepala dan usus
Pembasuhan
Pengasingan isi ikan
Pembasuhan
Pencampuran kriokawalan (sukrosa dan polifosfat)
Pembekuan
Penyimpanan
Rajah 1. Pemprosesan surimi
Penggunaan Surimi dalam Makanan
Pada saat ini, masyarakat memilih sesuatu jenis bahan makanan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pemakanan, namun juga memenuhi keperluan sensori. Seringkali berlaku masyarakat lebih mendahulukan kepuasan keperluan sensori berbanding nilai pemakanan, sehingga hanya makanan yang menepati ciri-ciri sensori tertentu sahaja, terutamanya tekstur yang akan mendapatkan tumpuan (Aminah, 1989). Surimi sebagai bahan utama dalam formulasi berbagai jenis makanan telah dibuktikan dapat memenuhi ke dua-dua keperluan tersebut. Ianya dapat digunakan dalam formulasi jenis makanan yang memerlukan tekstur khusus seperti bebola, sosej, gegulung, jejari, ketam tiruan, mi segera dan jenis-jenis makanan lain mengikut citarasa dan kreatifiti pengguna. Di Jepun surimi digunakan dalam berbagai jenis makanan khas negara tersebut seperti chikuwa, hampen, tutsuma age dan sebagainya.
Kunci kepelbagaian makanan yang boleh dihasilkan daripada penggunaan surimi bergantung kepada sifat keupayaan menggel yang dimiliki oleh surimi tersebut. Protein ikan merupakan salah satu komponen yang mempunyai sifat pembentukan gel yang tinggi. Walau bagaimanapun sifat ini mudah dipengaruhi oleh suasana persekitaran terutamanya perubahan suhu semasa pengendalian, pengangkutan dan penyimpanan. Pemprosesan isi ikan menjadi surimi telah dibuktikan dapat mengawal protein ikan daripada berlakunya perubahan dan kerosakan. Hal inilah yang menyebabkan surimi menjadi produk yang diminati ramai untuk digunakan dalam formulasi berbagai jenis bahan makanan.
Isu Halal Haram Surimi
Bagi umat Islam terdapat peraturan dan panduan tertentu bagi memastikan bahawa makanan yang diguna adalah bermanfaat bagi kesihatan dan memberikan kabaikan. Isu penting yang harus diikuti oleh setiap orang Muslim adalah memastikan bahawa makanan tersebut memiliki kejelasan dari segi status halal atau haram. Mengikut hukum Syariah, sesuatu bahan makanan dinyatakan memiliki status halal apabila:
1. Makanan tersebut atau bahan-bahan yang terdapat di dalamnya tidak mengandungi sebarang bahan atau bahagian daripada haiwan yang dinyatakan sebagai haram oleh hukum Syariah atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Syariah,
2. makanan tersebut tidak mengandungi sebarang bahan yang dinyatakan sebagai najis oleh hukum Syariah.
3. makanan tersebut tidak disiapkan, diproses atau dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang telah terkontaminasi oleh bahan-bahan yang dinyatakan najis oleh hukum Syariah,
4. semasa penyiapan, pemprosesan, penyimpanan dan pengangkutan, makanan tersebut diasingkan sepenuhnya daripada bahan lain yang tidak memenuhi butir 1, 2 dan 3 atau sebarang bahan yang dinyatakan najis oleh hukum Syariah.
Mengikut hukum Syariah pula, sesuatu bahan dinyatakan najis apabila:
1. Telah dinyatakan terlarang untuk digunakan sebagai bahan makanan oleh hukum Syariah disebabkan bersifat kotor dan tidak dapat disucikan semula seperti daging babi, darah dan bangkai,
2. pada asalnya bersifat halal namun telah terkontaminan oleh sebarang bahan yang bersifat kotor
3. pada asalnya bersifat halal namun telah mengalami persentuhan dengan sebarang bahan yang bersifat kotor (http//www.islam.gov.my, 1999)
Ikan merupakan bahan makanan yang telah dinyatakan bersifat Halal. Ketegasan ini dalam Al Quran Surah Al Maaidah ayat 96 yang bermaksud. "Dihalalkan bagi kamu haiwan buruan di laut dan makanan lain yang didapati dari laut sebagai bekalan kamu (untuk dinikmati kelazatannya)………..". Haiwan buruan yang dimaksudkan adalah haiwan perairan yang menghuni perairan sepanjang masa dan tidak selamat bila berada di luar perairan, iaitu ikan. Di bahagian lain (Surah An Nahl ayat 14) dinyatakan juga " Dan Dia lah yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut (ikan)………….". Pengertian makanan halal juga berkaitan dengan khasiat yang terkandung di dalam sesuatu jenis makanan, maka haiwan perairan (ikan) yang mengandungi racun, menghasilkan racun atau dapat mendatangkan sebarang gangguan kesihatan dianggap Haram. ALLAH berfirman lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman ! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada ALLAH jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya". Ikan dinyatakan juga boleh digunakan terus sebagai bahan makanan tanpa melalui tatacara penyembelihan tertentu seperti yang disyaratkan kepada haiwan lain. Mengikut pada penjelasan di atas, surimi sebagai suatu produk makanan yang diperbuat daripada isi ikan dapat dinyatakan sebagai bahan makanan yang memiliki status halal.
Seperti telah dihuraikan, dalam pemprosesan surimi, beberapa bahagian sebatian gula (sukrosa dan sorbitol) dan polifosfat telah digunakan bagi tujuan mengawal kualiti. Sebatian-sebatian buatan tersebut bukan merupakan sebatian yang berasal daripada bahan yang bersifat haram dan penggunaannya dilakukan pada paras tertentu yang tidak akan menjejaskan kesihatan. Oleh itu kerananya penggunaan sebatian-sebatian tersebut tidak menimbulkan persoalan tentang status kehalalan surimi dan produk makanan berasaskan surimi.
Plasma Protein
Dalam pemprosesan surimi, kualiti surimi yang dihasilkan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Spesies-spesies ikan tertentu harus diproses segera menjadi surimi dalam keadaan segar dan beberapa spesies lagi dapat mengekalkan mutunya walaupun telah mengalami penyimpanan pada suhu rendah dalam jangka masa yang agak lama. Beberapa spesies ikan boleh menghasilkan surimi yang berkualiti tinggi, namun kualiti ini menurun dengan cepat semasa penyimpanan berbanding dengan spesies ikan lainnya. Terdapat juga penyesuaian yang berbeza-beza terhadap suhu semasa proses pemasakan. Keadaan tersebut menyebabkan perbezaan kualiti surimi yang dihasilkan oleh sesuatu kilang, walaupun tahap pemprosesan, pengkriokawalan yang digunakan dan proses pemasakan mengikuti piawai yang telah ditentukan.
Penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar teknologi makanan menunjukkan bahawa kualiti surimi masih boleh ditingkatkan melalui pencampuran plasma protein. Pada tahun 1990, kumpulan penyelidik daripada Amerika Syarikat menunjukkan pencampuran plasma protein lembu dalam surimi berjaya menghalang berlakunya proses modori, iaitu proses penurunan kualiti gel surimi (penghuraian tekstur) bila surimi dipanaskan pada suhu 60oC (Hamman et al, 1990). Ianya berpunca daripada aktiviti enzim proteolitik yang akan menghurai protein miofibril pada suhu tersebut. Penemuan ini telah membuka peluang bagi penggunaan surimi secara lebih meluas dan berkesan pada produk makanan jenis beremulsi yang disediakan melalui pemasakan lambat pada suhu sekitar 70oC. Park (1994) pula menunjukkan bahawa pencampuran plasma protein lembu berjaya meningkatkan kualiti gel surimi yang disimpan selama 6 bulan. Ng et al. (1996) juga menyatakan bahawa protein plasma lembu berkesan meningkatkan kualiti gel surimi yang dihasilkan daripada ikan yang telah disimpan pada suhu sejuk dan sejukbeku.
Walaupun terdapat kelebihan-kelebihan yang boleh disumbangkan oleh plasma protein dalam meningkatkan kualiti surimi, penggunaanya sebagai salah satu bahan makanan boleh menimbulkan permasalahan di kalangan umat Islam. Ini ialah kerana plasma protein merupakan bahan yang bertentangan status halalnya. Plasma merupakan bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia boleh diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Setelah diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk. Plasma ini dapat diperolehi daripada berbagai sumber, namun lazimnya adalah daripada darah lembu atau babi (Pares et al, 1998; Kang dan Lanier, 1999)
Berasaskan Surah Al Baqarah ayat 173 yang bermaksud "Sesungguhnya ALLAH hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana ALLAH………". ALLAH mengulangi kembali penegasannya dalam Surah Al Maidah ayat 3 yang bermakud "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari ALLAH……". Maksud yang sama boleh juga didapati pada surah-surah lainnya iaitu Surah Al An’am ayat 145 dan Surah An Nahl ayat 115. Mengikut keterangan di atas, jelas bahawa darah adalah sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH untuk digunakan sebagai bahan makanan. Memandangkan bahawa plasma adalah sebahagian daripada darah, dengan sendirinya ia juga bersifat haram.
Keperluan Sijil Pengesahan Halal
Penggunaan surimi yang mengandungi plasma protein dalam makanan boleh menimbulkan percanggahan di kalangan umat Islam. Isu ini juga boleh menimbulkan salahfaham dan penolakan terhadap surimi dan makanan berasaskan surimi yang dikeluarkan oleh pengilang yang tidak menggunakannya dalam produk mereka. Pencampuran plasma protein ke dalam surimi, atau makanan berasaskan surimi sukar dikesan oleh pengguna dan tidak akan memberikan perbezaan penampilan yang jelas. Untuk setakat ini, kesedaran telus daripada pengilang berkaitan penggunaan plasma protein, dapat memastikan pengguna Islam memilih surimi yang halal.
Kesedaran pengilang ini boleh diwujudkan dengan memastikan bahawa surimi atau produk makanan berasaskan surimi yang dihasilkannya memiliki sijil pengesahan halal. Sijil tersebut pula mestilah dikeluarkan oleh lembaga rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan. Bagi Malaysia, sijil ini boleh dikeluarkan oleh Pusat Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Islam. Untuk negara Indonesia, sijil ini dapat diperolehi dari Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan dan Kosmetika, Majelis Ulama Indonesia (LPPOM-MUI). Adalah penting bagi pihak-pihak yang bekuasa di negara-negara yang mempunyai umat Islam untuk memerhatikan isu halam haram berkaitan dengan surimi. Penggalakan pelabelan status halal pada sesuatu bahan makanan merupakan tindakan terpuji yang akan memberikan keselesaan bagi umat Islam dan pulangan yang menguntungkan bagi para pengusaha bahan makanan untuk jangka masa panjang (Babji, 1998). Pelabelan halal akan membuka peluang lebih besar bagi sesuatu produk makanan untuk dipasarkan kepada umat Islam di seluruh dunia yang meliputi 25% keseluruhan penduduk dunia.
Kesimpulan
Ikan-ikan kurang dimanfaatkan boleh diproses menjadi surimi yang dapat digunakan sebagai bahan utama berbagai produk makanan. Disamping memenuhi keperluan pemakanan, surimi
juga menepati keperluan sensori. Walau bagaimanapun, surimi boleh menjadi bahan percanggahan di kalangan umat Islam berkaitan dengan status halal. Terdapat laporan-laporan berkenaan tentang penggunaan plasma protein dalam surimi dan makanan berasaskan surimi. Adalah penting bagi pengilang mendapatkan sijil pengesahan Halal bagi memastikan umat Islam memilih produk makanan Halal.
Rujukan
Al Quran
Aminah, A. 1989. Penilaian Deria dalam Kawalan Kualiti Makanan. Dalam Zakri, A. H. dan Abdul, L. M. (eds.), Penyelidikan Semasa Sains Hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia. 73-85,
Babji, A. S. 1998. Need for Clear Policy in Halal Certification. New Straits Times. Saturday, November 21.
Clucas, I. J. and A. R. Ward. 1996. Post-harvest Fisheries Development; A Guide to Handling, Preservation, Processing and Quality. London. Natural Resources Institute.
Jabatan Perikanan, 1997. Perangkaan Tahunan Perikanan. Jabatan Perikanan, Kementrian Pertanian Malaysia. KualaLumpur.
Hamann, D. D., Amato, P. M., Wu, M. C., dan Foegeding. E. A. 1990. Inhibition of Modori Gel Weakening in Surimi by Plasma Hydrolysate and Egg White. J. Food Sci. 55:665-669.
Holmes, K. L., S. Noguchi and G. A. Macdonald. 1992. The Alaska Pollock Resources and Other Species Used for Surimi. Dalam: T. C. Lanier and C. M. Lee (eds.). Surimi Technology. 41-78. New York: Marcel Dekker, Inc.
Http//www.islam.gov.my. 1999. Guidelines on Foods, Drinks and Goods Utilized by Muslims. Department of Islamic Affairs, Prime Minister’s Department of Malaysia.
Kang, I. S. dan T. C. Lanier. 1999. Bovine Plasma Protein Functions in Surimi Gelation Compared with Cystine Protease Inhibitors. J. Food Sci. 64(5):842-846.
Kok, L. Y., Y. Miyake, M. Brian, N. H. Weng and M. Yasuda. 1994. Producing of Surimi and Surimi Based Products. National Conference on producing, handling and processing of fish and fishery products. MARDI dan Penang State Agriculture Committee. Penang 21-23 November.
Lee, C. M. 1984. Surimi Process Technology. Food Tech. 38(11):69-80.
MacDonald, G. A. and T. C. Lanier. 1991. Carbohydrates as Cryoprotectants for Meat and Surimi. Fd. Tech. March: 150-159.
Ng, M. C., Lee, H. K., Sophonphong, K., Rungjiratananon, S., Kongpun, O., Suwannarak, W dan Low, L. K. 1996. Utilization of Lizardfish, Saurida tumbil, for Surimi Production. Dalam Hoii K. K., Low K. K. and Lim, P. Y. (eds.). Proceedings of the Seminar on the Advances in Fish Processing Technology in Southeast Asia in Relation to Quality Management. Singapore 29 Oct-1 Nov. MFRD-SEAFDEC, Singapore.
Pares, D., E. Saguer, J. Saurina, J. J. Sunol dan C. Carretero. 1998. Functional Properties of Heat Induced Gels from Liquid and Spray-dried Porcine Blood Plasma and Influenced by pH. J. Food Sci. 63(6):958-961.
Park, J. W. 1994. Functional Protein Additives in Surimi Gels. J. Food Sci. 55:525-527.
Tan, S. M., M. C. Ng and T. Fujiwara. 1989. Handbook on the Processing of Frozen Surimi and Fish jelly Products in Southeast Asia. Singapore. MFRD-SEAFDEC.
Toyoda, K., I. Kimura., T. Fujita., S. F. Noguchi and C. M. Lee. 1992. The Surimi Manufacturing Process. Dalam T. C. Lanier and C. M. Lee (eds). Surimi Technology: 79-112. Marcel Dekker, Inc. New York.

Isnin, 11 Ogos 2008

Aqidah

1. Apakah rukun-rukun Islam?

Rukun Islam ada lima dan ia adalah berikut:
1. Syahadah
2. Solat
3. Zakat
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
5. Haji

2. Berapa banyakkah hukum-hukum Islam dan apakah maksudnya?

Terdapat 5 hukum dalam syariat Islam:
1. Wajib bererti perkara dituntut untuk dibuat, sekiranya dibuat dapat pahala dan sekiranya ditinggal mendapat dosa.
2. Sunat bererti perkara yang jika dibuat mendapat pahala, jika ditinggalkan tidak berdosa.
3. Harus bererti perkara yang boleh buat dan boleh tinggal tanpa memberi kesan apa-apa.
4. Haram bererti perkara jika ditinggalkan mendapat pahala dan sekiranya dilakukan mendapat dosa.
5. Makruh bererti perkara yang jika ditinggalkan mendapat pahala, tetapi sekiranya dibuat tidak berdosa.

3. Adakah ajaran Sunnah Nabi itu benar dan boleh diikuti?

Sunnah Nabi adalah sebagai pedoman bagi kita umat Islam. Barangsiapa yang menafikannya akan menyebabkannya terkeluar dari Islam, kerana Allah s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Ali Imran, yang bermaksud: Taatlah Allah dan taatlah Rasul.
Ketaatan pada Rasulullah s.a.w adalah dengan patuh serta mengikuti sunnah Rasulullah

4. Jika seseorang itu menghadapi "penyakit" was-was apa yang patut dilakukan?

Penyakit was-was ini timbul dari dua sumber: syaitan dan kurangnya keyakinan diri. Sumber pertama boleh diatasi dengan banyak membawa ta'awwudh (a'uzu billah minnas syaitanir rajim), dan membaca surah An-Nas. Mulakan setiap perbuatan juga dengan membaca Bismillah.
Sumber kedua boleh diatasi dengan menanamkan keyakinan bahawa perbuatan yang dilakukan dengan Bismillah dan mempunyai tujuan baik, akan mendatangkan hasil yang baik. Tiada yang boleh memberikan mudarat melainkan Allah s.w.t.

5. Dimanakah kisah Iskandar Zulqarnain boleh didapati dan adakah beliau yang dikenali sebagai “Alexander the Great"?

Kisah Iskandar Zulqarnain boleh didapati di akhir Surah Al-Kahfi. Beliau bukanlah “Alexander the Great” memandangkan kisahnya tidak sama. Tidak diketahui zaman bilakah Iskandar Zulqarnain ini hidup. Walaubagaimanpun, adalah lebih penting bagi kita untuk mengambil tauladan dari kisahnya.

6. Apakah pandangan Islam (dalil-dalil) tentang roh?

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Isra', ayat 85: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

Oleh itu, kita tidak perlu bertanya lanjut atau meneka-neka tentang hakikat roh. Allah s.w.t hanya memberi sedikit keterangan tentang roh kepada hamba-hambaNya yang Dia pilih. Maka ada kalanya seseorang itu diberi ilmu untuk mengetahui serba sedikit tentang roh, dan ada yang tidak. Rasulullah s.a.w sendiri hanya mengetahui apa yang telah Allah beritahunya.
Apa yang perlu umat Islam lakukan pada masa ini ialah mengembeling tenaga untuk mengatasi pelbagai masalah sosial dan cuba memperbaiki diri dan keadaan masyarakat agar sampai ke tahap umat yang cemerlang.

7. Betulkah seseorang itu boleh dimasuki roh orang yang meninggal dunia?

Apabila seseorang itu sudah meninggal dunia, rohnya akan kembali ke alam barzakh dan tidak akan kembali ke dunia ini buat selama-lamanya. Maka, tidak ada istilah roh kembali masuk ke badan manusia.
Apa yang berlaku ada dua kemungkinan :
Pertama: ia satu penipuan.
Atau kedua: yang masuk dalam badan adalah jin.

Umat Islam dilarang dari menyeru jin untuk masuk ke dalam badan manusia kerana ia akan membawa mudarat pada diri manusia itu sendiri.

8. Adakah amalan menghalau makhluk ghaib dari badan manusia sesuatu amalan yang diterima Islam?

Orang Islam percaya kepada Syaitan dan Jin. Dan orang Islam juga percaya bahawa makhluk-makhluk ini memiliki kuasa yang ghaib yang membolehkannya memasuki badan manusia. Oleh kerana inilah Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar umatnya agar berdo’a selalu dan sentiasa cuba mendekati Allah s.w.t agar tidak dipengaruhi oleh makhluk-makhluk halus.
Samada seseorang itu dimasuki Jin atau tidak, ia sesuatu yang hanya boleh dipastikan oleh seorang pakar. Pakar tersebut haruslah bertaqwa kepada Allah s.w.t, berpengetahuan mendalam tentang Islam dan memiliki kemahiran untuk memastikan kewujudan Jin di dalam badan seseorang manusia. Sayugia diingatkan bahawa bukan semua orang Islam yang berilmu dan bertaqwa memiliki kemahiran yang disebutkan tadi.
Oleh itu, amalan ini tidak harus dilakukan oleh mana-mana individu yang tidak berkemahiran. Kita haruslah memastikan kemahiran dan kelayakan seseorang itu sebelum menggunakan

9. Apakah hukumnya bagi orang yang meminta sesuatu daripada yang ghaib seperti di kubur, keramat, makam atau kuil?

Islam menggalakkan umatnya menziarahi kubur untuk memberi salam kepada ahli kubur, dan mengambil 'itibar. Akan tetapi, Islam melarang keras meminta-minta di kubur, kerana ia adalah perbuatan syirik. Apatah lagi meminta nombor ekor dari kubur atau kuil, ia boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari landasan Islam dan menjadi murtad.

10. Bolehkah seseorang itu berdoa di makam?

Berdoa di makam orang soleh/ wali Allah dan bertawasul dengannya merupakan seperkara yang mana para ulama' mempunyai pendapat yang berbeza. Akan tetapi, selama mana perbuatan itu tidak menimbulkan perasaan syirik dan orang yang berdoa itu hanya berdoa dan meminta kepada Allah s.w.t., dan bukan orang yang mati itu, maka ia dibolehkan.

11. Apakah itu tarikat dan apakah implikasinya jika seseorang itu menjadi ahlinya?

Tarikat bermaksud sesuatu jalan. Ia biasanya bermakna sesuatu jalan rohani yang diambil orang Islam untuk mensucikan diri mereka dan untuk menjadi orang Islam yang lebih baik. Tarikat bukanlah sesuatu yang ganjil dalam Islam. Amalan-amalannya termasuk mengikut seorang imam yang membantu untuk memberi bimbingan agama. Antara bahagian terpenting dalam amalan tarikat adalah zikir, solat dan ibadah-ibadah lain yang banyak.

Terdapat banyak tarikat dalam dunia ini, termasuk Naqsyabandiyah, Syaziliah dan Qadariah. Memandangkan amalan tarikat semakin berleluasa, ada yang mengambil kesempatan untuk menubuhkan tarikat yang tersendiri untuk mendatangkan keuntungan bagi diri mereka sendiri.

Oleh itu, seseorang itu haruslah berhati-hati jika ingin memasuki mana-mana kumpulan tarikat. Ciri-ciri yang biasanya boleh digunakan untuk membezakan antara tarikat yang tulen dan yang menyesatkan adalah jika terdapat percanggahan dalam prinsip-prinsip Syari’ah seperti meninggalkan solat, puasa, haji, zakat atau menghalalkan perkara-perkara yang haram, seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan dan tidak mengizinkan pengikut-pengikutnya menghadiri kelas-kelas agama yang lain. Inilah ciri-ciri yang biasanya terdapat pada kumpulan tarikat yang menyesatkan.

12. Bolehkah seseorang itu berubat dengan menggunakan ayat Al-Qur'an dan menulisnya dimana-mana bahan?

Islam menggalakkan umatnya agar berubat. Tetapi ia mesti berlandaskan Islam. Yang paling utama adalah ia perlu percaya bahawa usaha berubat hanyalah satu usaha. Yang menyembuhkan adalah Allah s.w.t, bukan doktor atau dukun. Kedua, ia tidak boleh melibatkan perkara-perkara yang tiada asasnya dalam Islam, seperti menulis ayat Al-Quran pada benda-benda. Adapun berubat dengan membaca ayat-ayat Al-Quran, maka ia dibenarkan.
Ubat yang paling ampuh dan mujarab adalah berdo'a kepada Allah s.w.t, bertaubat dan mendekatkan diri lagi kepada Allah dengan amalan-amalan soleh. Semoga dengan demikian, Allah s.w.t akan menyembuhkanpenyakit itu.

13. Apakah hukum memakai tangkal?

Memakai tangkal adalah haram kerana ia boleh menyebabkan seseorang terpesong sehingga percaya bahawa tangkal itu mempunyai kuasa ajaib. Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hanya Allah yang berkuasa dan mempunyai kekuatan yang mutlak. Sebarang perbuatan yang boleh menyebabkan syirik adalah dilarang.

14. Apakah hukum perbuatan membaca ayat untuk perlindungan diri melalui cincin atau bermandi bunga?

Perbuatan yang dinyatakan boleh membawa syirik kerana ia meletakkan kepercayan kekuatan dan kekuasaan kepada makhluk selain dari Allah. Oleh itu tidak wajar orang Islam mempunyai kepercayaan sedemikian. Sebaliknya, kita hanya dituntut untuk banyak melakukan ibadat, mendekatkan diri kepada Allah, dan tidak memohon perlindungan melainkan dengan Allah.

15. Adakah amalan mengeluarkan darah dari bahagian belakang kepala seseorang itu untuk membersihkan badan dari kejahatan sesuatu amalan Islam?

Amalan ini bukan berasal dari Islam dan kepercayaan bahawa mengeluarkan darah akan mengeluarkan kejahatan juga tidak berasaskan Islam. Mengeluarkan kejahatan bukanlah dilakukan secara fizikal tapi dari segi rohani iaitu dengan mentaati perintah Allah s.w.t.

16. Adakah kepercayaan seperti meletakkan penyapu lidi dibelakang pintu supaya dapat menghalau jin atau makhluk halus itu haram?

Ada di antara adat orang-orang Melayu yang ada kaitan dengan makhluk halus yang tidak bersandarkan nas dalam Islam dan juga kajian ilmu yang mantap. Antaranya adalah meletakkan penyapu lidi di belakang pintu. Adalah wajar bagi orang Islam untuk tidak mengikut sesuatu kepercayaan dan adat yang tiada dasarnya dalam Islam, dan tiada juga bersandarkan kajian ilmu yang mantap. Kepercayaan seperti ini dianggap sebagai khurafat dan jika terlalu mempercayainya, boleh membawa kepada syirik, iaitu mempercayai ada benda yang berkuasa selain dari Allah s.w.t.
Sewajarnya, untuk menghalau jin dan makhluk halus yang jahat, cukuplah diterangi rumah tersebut dengan solat dan bacaan Al-Quran, serta dijauhi dari perbuatan maksiat.

17. Apakah yang harus dibuat apabila tercetusnya perasaan takut kepada Jin dan Syaitan semasa tidur?

Anda boleh membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas ataupun mana-mana doa untuk memohon perlindungan Allah s.w.t dari perasaan takut itu. Kemudian, tutuplah mata dan bacalah zikir La Ila Ha Illallah dengan tasbih jika mahu dan teruskanlah berzikir sehingga anda terlelap.

18. Apakah hukumnya mengamalkan Feng Shui?

Amalan Feng Shui berasal dari kepercayaan Tao, dan kepercayaan itu terbahagi kepada dua: Yang pertama adalah kepercayaan yang berdasarkan kepercayaan agama mereka yang kuat, dan satu lagi adalah berdasarkan falsafah sahaja tanpa elemen agama mereka.
Pada kebiasaannya, orang yang mengamalkan Feng Shui percaya bahawa ia akan memberi kesan kepada cara kehidupan mereka, sama ada yang baik ataupun tidak. Maka bentuk alat perabot, warna dinding di rumah dan sebagainya adalah antara perkara-perkara yang dipertikaikan ketika hendak menghiasi rumah.Adalah tidak menjadi satu kesalahan jika orang Islam mengikut cara Feng Shui atas dasar falsafah dan elemen saintifik, tanpa mempercayai yang lebih dari itu.

19. Apakah hukum menyebarkan surat-surat berantai atau "chain letter"?

Mempercayai kandungan surat berantai (chain mail) adalah salah dan mempercayai ia mempunyai kuasa adalah syirik, kerana ia meletakkan kuasa kepada surat tersebut. Umat Islam wajib mempercayai bahawa yang mendatangkan manfaat dan menolak mudarat hanyalah Allah s.w.t semata-mata.
Oleh itu, wajib bagi orang Islam yang menerima surat berantai, agar membuangnya, dan jika dia tahu siapa yang menghantar surat tersebut, dia menasihati orang itu agar tidak melakukannya lagi.

20. Adakah nombor bertuah sesuatu yang diiktiraf oleh Islam?

Islam adalah cara hidup yang berdasarkan pemikiran rasional dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t. Menurut kerasionalan Islam, kita tidak harus percaya akan perkara yang bukan berdasarkan pemikiran logik dan rasional kecuali perkara yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri yang kita belum lihat atau alami, seperti kewujudan Syurga dan Neraka.
Mempercayai bahawa terdapat nombor-nombor yang ada tuah adalah karut kerana ia bukan berdasarkan logik dan tidak disokong oleh bukti-bukti yang nyata. Oleh itu, orang Islam tidak harus mempercayai perkara-perkara ini tidak kira samada dakwaan itu datang dari ramalan, kad tarot atau kaedah lain.

21.
Bolehkah air zamzam dicampur dengan air lain dari agama lain dan digunakan untuk kegiatan-kegiatan agama?

Air zamzam adalah air yang dihormati di dalam Islam. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan najis atau dalam kegiatan bukan Islam. Mencampurkannya dengan air lain adalah dibenarkan, akan tetapi, ia sesuatu yang tidak perlu. Sayugia diingatkan juga bahawa mempercayai dan menganggap air lain mempunyai kepentingan yang setaraf dengan air zamzam adalah haram.

22. Adakah adat-adat seperti membasuh kaki selepas menggunakan tandas, menyambut kelahiran bayi selepas 40 hari dan menyambut bulan kesembilan kehamilan dibenarkan Islam?

Allah telah berfirman di Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
Oleh yang demikian, adalah baik adat-adat yang tidak berasal dari Islam atau yang bercanggah dengan Islam dielakkan.
Adat-adat yang disebut tadi, menurut pengetahuan kami, tiada asas di dalam Islam. Oleh itu, adalah baik ia dan juga adat-adat lain yang tiada asasnya di dalam Islam, tidak diamalkan oleh orang Islam.

23.
Jika seseorang melakukan dosa besar tetapi tidak tahu atas pengharaman perbuatan itu dan tidak tahu hukum serta balasannya, adakah beliau dimaafkan tanpa dihukum hudud?

Seseorang yang tidak tahu hukum sesuatu perbuatan maksiat, dan ia melakukannya kerana kejahilannya, maka ia tidak berdosa. Tetapi dia perlu juga banyak beristighfar dan memohon ampun dari Allah kerana tidak mahu mengetahui tentang apa yang halal dan haram dalam Islam.
Dalam menjatuhkan hukuman hudud, hakim akan menilai samada orang tersebut layak dijatuhkan hukuman atau tidak.

24. Bagaimanakah caranya seseorang itu bertaubat?

Seseorang yang ingin bertaubat harus melakukannya dengan cepat. Untuk bertaubat, haruslah lakukan berikut:
1. Memohon ampun dari Allah s.w.t.
2. Berniat agar tidak melakukan perkara yang berdosa itu lagi dan tidak lagi bergaul dengan mereka yang boleh menyebabkan orang itu melakukan perkara itu.
3. Memperbanyakkan doa dan ibadah.
4. Meningkatkan ilmu tentang agama Islam.

25.
Adakah berzina antara dosa yang terbesar di sisi Islam?

Zina dianggap sebagai antara dosa yang terbesar disisi Islam. Allah s.w.t telah berfirman di Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji (Fahisyah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
Zina boleh menyebabkan kehamilan dan anak luar nikah. Ia juga adalah sesuatu penghinaan ke atas kaum wanita kerana mempergunakan tubuhnya tanpa persetujuan atau kontrak yang rasmi dan sah untuk bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang akan timbul di masa hadapan.
Zina juga salah satu penyebab terbesar penyakit yang dijangkiti menerusi hubungan seks kerana zina adalah hubungan seks yang tidak terbatas di dalam pernikahan yang sah.

26.
Bagaimanakah seseorang itu boleh menghadapi masalah kesedihan yang kerap sekali?

Perasaan sedih adalah sesuatu yang lumrah bagi manusia di dunia ini. Ia adalah takdir Allah untuk kita merasakan kesedihan kebahagiaan. Kesedihan boleh timbul apabila seseorang itu kurang memahami realiti hidup bahawa tiada perkara di dunia ini yang kekal, dan juga setiap perkara buruk akan tamat, termasuklah kesedihan yang dijangkakan akan kekal lama, dan jika kita sabar menempuhinya, kita akan diberi ganjarannya in sya Allah di dunia ini dan di Akhirat nanti.
Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah kesedihan, seseorang itu haruslah kembali kepada Allah s.w.t dan memohon perlindungan darinya dan haruslah sentiasa ingat bahawa Allah Maha Mengetahui segala yang berlaku dan bahawa setiap perkara yang terjadi adalah takdirNya. Oleh itu, hadapilah ia dengan penuh kesabaran dan

27. Bolehkah ayat-ayat nasihat yang ditulis di dalam Bahasa Arab dipamerkan atau diberikan kepada orang yang bukan Islam?

Nasihat yang ditulis di dalam Bahasa Arab boleh diberi kepada orang bukan Islam selagi mana ia bukanlah ayat Al-Qur’an. Ini adalah untuk mengelakkan sikap kurang beradab terhadapnya yang mungkin tidak dimaksudkan oleh orang yang bukan Islam itu kepada ayat Al-Qur’an.
Menggantung atau mempamerkan ayat atau nasihat dalam bahasa Arab adalah dibolehkan selagi mana isi kandungnya adalah baik dan jika ia adalah ayat Al-Quran, haruslah diberi kehormatan yang sewajarnya.

28.
Bolehkah ayat-ayat suci Al-Quran digantung di dinding?

Menggantung ayat-ayat suci Al-Quran di dinding adalah dibolehkan. Para ulama telah bersepakat dalam perkara ini. Walaubagaimanapun, ia haruslah dijaga dan dihormati dengan baik. Ini termasuk tidak memberikannya kepada orang bukan Islam atau menggantungnya di tempat yang rendah. Ayat-ayat tersebut dan juga maksudnya boleh membawa faedah kepada orang Islam dari pelbagai cara.

29. Mengapakah didapati ada sesetengah asatizah yang berpendapat berlainan dari asatizah yang lain?

Pertama sekali, anda perlu mengetahui bahawa perbezaan pendapat antara para ulama adalah satu hakikat. Ia tidak dapat dielakkan kerana manusia dicipta dengan akal yang berbeza, dan kekuatan pemahaman dan analisis yang berbeza. Maka perbezaan pendapat adalah sesuatu yang kita tidak dapat elakkan. Dan ini sebenarnya adalah kehendak Allah s.w.t, agar agama Islam ini sesuai untuk semua tempat dan masa.
Perkara kedua yang anda perlu tahu adalah tentang perbezaan itu sendiri. Perbezaan di antara para ulama hanyalah pada masalah ranting atau cabang. Ulama tidak pernah berbeza pendapat tentang masalah pokok dalam Islam, seperti kewajipan solat 5 kali sehari, puasa pada bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dengan kadar yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w, kadar pembahagian harta mengikut faraidh, dan berbagai lagi. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan bersatu umatku dalam kesesatan/kesalahan. Maka, apa yang diperselisihkan oleh para ulama bukanlah satu kesesatan atau kesalahan. Dan dalam masa yang sama, kesepaduan para ulama dalam masalah pokok menunjukkan bahawa barangsiapa yang menambah-nambah atau menukar masalah pokok dalam Islam, mereka itulah yang telah melakukan bid'ah, atau suatu yang ditambah dalam Syariat Islam yang menjadikan perbuatan tersebut sebagai satu kesesatan.
Dengan memahami dua perkara ini, maka tidak hairanlah kita dapat melihat para asatizah memberikan pendapat yang berbeza dalam satu masalah, kerana mereka mengikut pemahaman yang berbeza antara ulama, dan juga mereka berbeza dalam kemampuan memahami satu-satu isu.
Sekiranya kita mendengar satu penjelasan yang agak ganjil bagi kita, atau bercanggah dengan apa yang kita faham, tiada salahnya kita bertanya lanjut kepada guru agama itu. Kita juga perlu menuntut dengan ramai guru, dan membaca seberapa banyak yang boleh, agar kita dapat menilai sendiri mana satukah pandangan yang telah diberikan lebih sesuai dengan konteks keadaan kehidupan kita sekarang ini, dan yang juga bersesuaian dengan keadaan kita dan hati kita.

Label:

Hubungan antara kaum
1.
Apakah pandangan Islam tentang konsep bebas berugama?
Semua manusia berhak dan bebas berugama. Bagi orang Islam, agama kita berpandukan Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w oleh Allah s.w.t yang dijadikan sebagai asas kepercayaan kita bersama dengan Hadith Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, dengan kedua-dua sumber ini, kita percaya bahawa Islam adalah agama yang benar. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna bahawa kita harus memaksa orang lain untuk memasuki agama kita. Allah s.w.t telah berfirman di Surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam ugama.” Oleh yang demikian, kita tidak boleh memaksa orang untuk memasuki agama kita. Akan tetapi, menerangkan kepada orang bukan Islam tentang Islam dibolehkan, dan di dalam beberapa keadaan, sesuatu yang sangat perlu untuk menjelaskan salah faham atau tanggapan yang salah tentang Islam.

Sebagai masyarakat Islam di Singapura, kita boleh mengamalkan Islam dan mengekalkan identiti Islam di sebuah negara bukan Islam. Ia boleh dilakukan dengan memahami dan mengamalkan konsep pluralisme. Konsep ini bukanlah konsep yang asing di dalam sejarah Islam kerana Islam pada waktu konsepsinya adalah agama minoriti dan telah wujud bersama agama lain di dalam masyarakat majmuk. Prinsip menghormati dan mengiktirafi kepelbagaian manusia juga bukanlah prinsip asing di sisi Islam. Malah, Al-Qur’an telah menekankan prinsip-prinsip ini apabila berbincang tentang tradisi dan kepercayaan kaum atau agama lain. Dalam hal ini, Islam bersifat inklusif dalam menangani hal-hal seperti hubungan antara kaum.

Masyarakat Islam seharusnya menyambut dan menghargai kepelbagaian dan pendapat-pendapat yang berlainan selagi mana ia dibincang secara rasional, objektif dan saintifik. Oleh itu, masyarakat Islam seharusnya menerima konsep pluralisme sebagai sesuatu realiti hidup.
2.
Apakah hukum seorang yang asalnya Islam lalu bertukar-tukar agama?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza pada agama. Bagi orang Islam, agama merupakan lebih dari kepercayaan atau amalan tertentu. Ia merupakan satu cara hidup yang didasarkan pada nilai-nilai pokok (principles) yang tidak boleh bertukar ganti. Menukar-nukar nilai hidup merupakan tindakan orang yang tidak berprinsip dan ini harus dijauhi.
3.
Jika seseorang itu telah murtad, apakah caranya untuk menyerunya kembali ke agama Islam dan apakah yang harus di lakukan oleh keluarganya?
Kami amat bersimpati dengan keadaan yang sedang anda lalui. Kami doakan agar anda dan keluarga anda diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk menghadapi keadaan tersebut dengan tabah dan penuh keimanan pada Allah s.w.t. Semua yang berlaku adalah ujian dari Allah. Anak anda yang sudah dewasa tersebut telah memilih jalannya sendiri, dengan meninggalkan ugama Islam. Sebagai orang Islam, sudah tentu kita tidak mahu ini berlaku.
Oleh itu, kami anjurkan agar anda banyak berdoa kepada Allah s.w.t dia diberi hidayat oleh Allah, agar ia dapat kembali ke Islam sebelum akhir hayatnya. Janganlah putus berdoa, walaupun sehingga akhir hayat anda, kerana kita tidak tahu mungkin Allah s.w.t membuka hatinya kembali setelah kita tiada di atas muka bumi ini.
Begitu juga, jangan putuskan hubungan dengannya. Teruskan bertanya tentang keadaannya, dan dalam masa yang sama, cuba selidik apakah punca dia meninggalkan ugama Islam. Ajukan kepada para asatizah dan mereka yang pakar tentang apakah jawapan yang boleh diberikan kepada anak anda atas sebab-sebab dia meninggalkan agama Islam.
4.
Bolehkah seseorang itu mendo'akan orang bukan Islam untuk mendapat petunjuk agar hatinya terbuka untuk masuk Islam?
Tiada salah bagi anda untuk mendoakan yang baik-baik kepada orang bukan Islam. Malah, ia amat digalakkan agar mereka juga dapat bersama-sama mendapat hidayah dan menjadi orang Islam.
Tetapi doa sahaja tidak mencukupi. Dakwah juga perlu dijalankan, tetapi lakukanlah dengan bijaksana dan dengan menunjukkan segala kebaikan Islam dalam diri anda. Sesungguhnya Islam melihat golongan non-Muslim sabagai "Ummah al-Da'wah" (umat yang perlu mendapat seruan). Maka menjadi tanggungjawab kita menyampaikan risalah suci Islam kepada golongan tersebut melalui nilai, akhlak dan sumbangan murni yang berterusan.
Semoga dengan demikian, hatinya akan tertarik dengan
5.
Apakah hukum mengucap selamat pada penganut agama lain pada hari kebesaran agama mereka?
Isu menyambut hari kebesaran agama lain merupakan satu masalah yang terdapat perbezaan pendapat antara ulama’. Ini termasuklah memberi ucap selamat, bertukar hadiah dan menghadiri jemputan mereka.
Antara Ulama yang membolehkan perbuatan sedemikian ialah Dr Yusuf Qaradawi (2), Sheikh Faisal Mawlawi (3) dan Sheikh Mustafa Al-Zarqa'. Memberikan ucap selamat tidak bermakna masyarakat Islam mengiktiraf kebatilan iktikad mereka. Ucapan sedemikian tidak lari daripada dua keadaan berikut:
1. Sama ada sebagai merealisasikan konsep ihsan dan memaparkan kecantikan Islam atau
2. Membalas ucapan tahniah mereka dengan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jika orang bukan Islam sering mengucapkan tahniah kepada orang Islam bersempena hari kebesaran Islam.
Dalam kedua-dua hal di atas, mengikut pandangan mereka, ianya termasuk di dalam firman Allah surah Al-Mumtahanah ayat 8 yang menganjurkan orang yang beriman berlaku ihsan dan berlaku adil kepada orang bukan Islam , firman Allah : “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”
Dan termasuk di dalam firman Allah surah An-Nisa ayat 86 yang menganjurkan kepada membalas ucapan dengan cara yang lebih baik, firman Allah : “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.”
Kedua-dua ayat tersebut menyatakan perintah umum yang mencakup pelbagai aspek interaksi antara Muslim dan bukan Muslim. Para mufassir seperti Imam Ibnu Kathir (5), Imam At-Tabari (6), Imam Ibnu Al-Arabi (7), Imam Nasafi (8) dan Imam Al-Qurtubi (9) memberikan pelbagai pandangan dalam hal ini di antaranya ialah:
i. ayat 8 surah Al-Mumtahanah merupakan ayat yang relevan masih kekal tidak dimansukhkan dengan ayat (qital) peperangan;
ii. Allah tidak melarang perbuatan ihsan kepada orang kafir daripada kalangan wanita dan mereka yang tidak berpengaruh, selama mana mereka tidak memerangi dan tidak berkerjasama dalam mengusir orang yang beriman dari negeri mereka;
iii. Menyahut ucapan salam dengan cara yang terbaik dari orang bukan Islam dibolehkan. Sebahagian mufassir seperti Imam Ibnu kathir ada menukil satu peristiwa berlaku ke atas Ibnu Abbas di mana seorang lelaki Majusi memberi ucapan salam ke atasnya dan beliau menjawap : Wa’alaikumus salam warahmatullah. Teman Ibnu Abbas menyangkal perbuatan beliau seraya berkata : Anda menjawap salamnya dengan warahmatullah? Ibnu Abbas menjawab : Bukankah dengan rahmat Allah juga dia masih hidup bernyawa!
Sehubungan dengan ini, adalah sesuai bagi masyarakat Islam seperti di Singapura untuk memilih pendapat Ulama yang membolehkan perbuatan tersebut, kerana di samping ianya menepati roh Syariat Islam dalam bergaul dengan masyarakat bukan Islam secara baik dan harmoni. Ianya juga merealisasikan maslahat agama dan dunia yang menjadi salah satu penekanan Syariat Islam.
Bahkan perbuatan memberikan ucap selamat bersempena hari perayaan bukan Islam dapat memberikan imej yang baik bagi orang Islam, jika ianya dapat memupuk hubungan yang baik di antara masyarakat Islam dan bukan Islam, tidak kira sama ada ikatan tersebut terjalin menerusi kekeluargaan, persahabatan, jiran tetangga atau lebih luas lagi iaitu ikatan masyarakat majmuk yang hidup di bawah satu negara secara aman dan damai. Keadaan ini lebih bermanfaat dari segi dakwah dalam situasi hubungan antara mereka yang baru memeluk agama Islam dengan keluarga mereka yang masih berpegang dengan agama asal mereka.
Manakala menyambut hari kebesaran tersebut secara ritual bersama mereka, Ulama telah bersepakat secara Ijmak tidak membolehkan perbuatan tersebut dan hendaklah dielakkan. Illahnya (alasannya) adalah perbezaan agama yang memang wujud di samping sebarang penyerapan ajaran antara agama-agama adalah bertentangan dari segi prinsip Islam. Oleh yang demikian, menyambut hari kebesaran agama lain secara ritual adalah dilarang kerana ia membawa kepada syubhah aqidah. Adalah tidak tepat jika kita membuat kesimpulan bahawa memberikan ucap selamat dan menyambutnya adalah isu yang sama.
6.
Adakah menziarahi atau memasuki tempat ibadah agama lain dengan niat belajar dibenarkan Islam?
Islam tidak melarang seorang Islam untuk memasuki tempat ibadah agama lain lebih-lebih lagi jika ia dengan niat belajar selagi mana ia tidak melibatkan diri di dalam upacara agama lain.

Sifat ingin tahu tentang agama lain adalah suatu ciri yang dipuji Islam kerana menghargai budaya kaum lain akan memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk saling memahami dan bertolak-ansur sesama kaum lain dan juga sifat hormat-menghormati dan bertoleransi. Yang terpenting sekali adalah hubungan baik yang terbina antara masyarakat Islam dan kaum-kaum lain akan membantu membangunkan dan memajukan negara.

Oleh yang demikian, jelas bahawa Islam adalah agama yang menganggap kepelbagaian antara manusia sebagai sesuatu yang positif; ia adalah suatu cara bagi manusia untuk saling mempelajari tentang diri masing-masing. Allah s.w.t telah berfirman di Surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”
7.
Bolehkah seseorang itu menghadiri majlis perkahwinan bukan Islam?
Majlis perkahwinan biasanya adalah majlis keagamaan yang dipimpin oleh tokoh atau ketua sesebuah agama. Orang Islam dilarang dari mengikut serta atau menghadiri majlis keagamaan penganut agama lain. Oleh itu, umat Islam tidak wajar menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Namun, jika rakan anda telah mengundang dan anda dapat pastikan bahawa anda tidak akan ikut serta dalam upacara keagamaan mereka, maka anda boleh menghadirinya
Akan tetapi, umat Islam dibenarkan untuk menghadiri majlis makan minum selepas upacara perkahwinan tersebut kerana ia tidak ada unsur keagamaan.
Sehubungan dengan itu, sifat menghargai lain-lain tamadun, bangsa atau agama memberi ruang kepada masyarakat Islam memperkukuhkan persefahaman dengan masyarakat bukan Islam dan meluaskan lagi ruang tolak ansur dan saling menghormati sesama mereka.
8.
Bolehkah seseorang Islam menghadiri majlis keramaian yang disambut ahli keluarganya yang bukan Islam?
Menghadiri majlis keramaian yang bukan Islam dibenarkan di dalam Islam selagi mana hanya makanan Halal yang disediakan dan tiada upacara bukan Islam yang dilakukan oleh orang Islam yang menghadiri majlis tersebut. Malah, ini adalah sesuatu yang digakkan kerana ia akan mengeratkan lagi hubungan antara seorang Islam dengan keluarganya yang bukan Islam dan ia juga akan menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang eksklusif.

Jika terdapat keraguan bahawa perkakas makanan yang digunakan mungkin terkena atau bekas kegunaan babi, Islam telah mengajar umatnya agar tidak bertanya lanjut tentang perkara yang akhirnya akan menyebabkan kesusahan keatas diri sendiri. (Al-Qur’an, 5:101) Oleh itu, suruhlah ahli keluarga anda membersihkan perkakas yang akan digunakan untuk menyediakan makanan Halal. Jika keraguan masih ada, ambillah tanggungjawab sendiri untuk membersihkan perkakas tersebut.

Dalam hal hubungan seorang Islam dan ahli keluarganya yang bukan Islam, kita haruslah menghargai dan menghormati agama dan kaum lain agar kita sama-sama saling memahami, bekerjasama dan bertolak-ansur dan juga meluaskan peluang untuk saling hormat-menghormati dan bertoleransi.
9.
Bolehkah seorang Islam menghadiri majlis perayaan agama lain seperti Krismas, Tahun Baru Cina dan DeepavalI?
Menghadiri keramaian untuk sambutan hari-hari kebesaran agama lain adalah dibolehkan selama mana tidak ada unsur-unsur pengibadatan dalam keramaian tersebut. Sebagai seorang Muslim, anda juga harus pastikan bahawa tatasusila Islam terjaga buat diri anda.
Adapun menghadiri majlis-majlis tersebut dengan niat mahu menghargai lain-lain agama atau adat memberi ruang kepada masyarakat Islam memperkukuhkan persefahaman dengan masyarakat bukan Islam dan meluaskan lagi ruang tolak ansur dan saling menghormati sesama mereka. Yang penting sekali mewujudkan kerjasama ke arah pembangunan masyarakat dan negara berdasarkan prinsip keadilan dan nilai moral yang tinggi.
10.
Bolehkah seseorang itu membabitkan dirinya dalam acara bertukar-tukar hadiah, lebih-lebih lagi pada waktu Krismas?
Acara bertukar-tukar hadiah tidak ada dasarnya dalam agama Kristian dan bukan berupa upacara keagamaan dalam perayaan Krismas. Jadi, tidak salah untuk anda turut serta dalam acara tersebut.
11.
Adakah perayaan berkongsi bersama kaum lain dibenarkan Islam?
Allah s.w.t telah berfirman di Surah Al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
Oleh itu, adalah wajib bagi orang Islam untuk berbaik dan berlaku adil dengan semua manusia yang tidak memerangi orang Islam. Ini termasuk mengucapkan selamat kepada mereka pada hari perayaan mereka. Walaubagaimanapun, kata-kata ucapan seperti Happy Good Friday ata Easter Sunday adalah dilarang kerana ia adalah perayaan berugama bagi orang Kristian.
Mujurlah ucapan bagi perayaan-perayaan besar di Singapura tidak membawa maksud pengiktirafan kewujudan tuhan lain. Ucapan seperti Happy Chinese New Year adalah setakat ucapan tradisi orang Tionghua tanpa membawa maksud atau konotasi agama. Ia sama seperti ucapan Selamat Tahun Baru pada setiap permulaan kalendar sivil. Ia hanyalah ucapan yang tidak bermakna apa-apa.
Ucapan Happy Vesak Day juga tidak berkonotasi agama kerana ia datang dari perkataan Vaisakah, bulan yang pertama di tahun Hindu, sama seperti mengucapkan Happy January Day. Happy Deepavali juga tidak membawa maksud agama memandangkan ia bermaksud perkataan Deepavali atau Diwali adalah perkataan Sanskrit yang bermakna “barisan cahaya”. Oleh itu ucapan ini sebenarnya bermakna “Selamat Hari Barisan Cahaya”.
Hari Natal atau Krismas pula, bertentangan dengan apa yang biasanya dikenali, bukan berasal dari agama Kristian. Ia sebenarnya berasal dari pesta yang menyambut Tuhan Matahari semasa solstis musim sejuk di zaman pertengahan (medieval times). Tiada satu ayat pun yang terdapat di Bible ynag mengatakan bahawa Krismas atau Hari Natal itu hari lahir Nabi Isa. Oleh itu, ucapan Krismas atau Selamat Hari Natal membawa maksud yang sama seperti ucapan Selamat Tahun Baru Cina.
Maka dibenarkan bagi orang-orang Islam unutk menyambut bersama perayaan Islam dan perayaan kaum lain selagi mana mereka tidak menyertai sama mana-mana upacara bukan Islam dan tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam seperti brgaul bebas antara lelaki dan perempuan dan tiada minuman keras yang disediakan kepada orang Islam.
12.
Bolehkah orang Islam makan mooncake dan membawa tanlong secara suka-suka di Mid-Autumn Festival?
Dalam kalendar orang-orang Cina, perayaan ketiga yang paling besar adalah perayaan Mid-Autumn Festival, yang disambut pada bulan kelapan dalam kalendar orang-orang Cina (pertengahan September hingga Oktober). Perayaan ini berdasarkan kepada kepercayaan mereka bahawa seorang wanita bernama Chang-O pergi ke bulan, atau ada orang tua di bulan yang menulis perihal perkahwinan orang-orang Cina. Ia juga mempunyai latar-belakang sejarah apabila orang-orang Cina bersepakat memerangi penjajahan Mongol melalui kuih yang akhirnya dinamakan sebagai Moon Cake. Dalam perayaan ini juga, kanak-kanak dan orang tua akan membawa tanlong pada waktu malam, khususnya untuk melihat bulan penuh pada pertengahan perayaan ini. Namun, tanlong ini juga adalah sebagai menunjukkan rasa gembira kanak-kanak menyambut Mid-Autumn Festival.

Dengan ini, orang Islam dilarang dari menyambut perayaan Mid-Autumn Festival kerana ia mempunyai unsur kepercayaan yang bertentangan dengan Islam. Akan tetapi untuk kanak-kanak membawa tanlong sebagai suka-suka dan tidak mempunyai apa-apa aktiviti pengibadatan orang-orang Cina, maka ia adalah harus. Begitu juga memakan Mooncake yang halal tanpa ada apa-apa niat melainkan untuk memakannya sahaja, maka ia adalah harus dalam Islam. Yang dilarang adalah menyertai aktiviti pengibadatan atau perayaan yang mengandungi elemen syirik atau haram.
13.
Apakah hukum seseorang yang telah menyentuh atau meminum air "holy water"?
Air holy water tidak ada keistimewannya dalam agama Islam. Seorang Muslim tidak boleh mempercayai bahawa ia berbeza dengan air lain kerana itu merupakan perkara khurafat.
14.
Bolehkah seorang bukan Islam memasuki masjid?
Memasuki tempat ibadah agama lain dibenarkan jika ia dengan sebab menimba ilmu dan bukan kerana ingin memasuki upacara agama lain atau untuk menghadiri majlis yang akan menimbulkan fitnah atau salah faham. Saiyidina Umar r.a. telah memasuki gereja di Baitul Maqdis apabila orang Islam merasmikannya. Beliau telah bertemu dengan paderi disana dan juga telah menunaikan solat di dalam gereja tersebut kerana solat boleh dilakukan dimana-mana sahaja melainkan di tandas dan tenpat yang ada najis.

Orang yang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid. Ini adalah sesuatu yang diketahui semua orang Islam kerana Rasulullah s.a.w telah menerima orang bukan Islam datang berjumpa dengannya di masjidnya di Madinah. Walaubagaimanapun, pakaian mereka haruslah dijaga agar nampak kemas dan sesuai dengan keadaan.
15.
Bolehkah keluarga Islam yang ditimpa kematian menerima surat takziah, lingkaran bunga dan wang dari orang bukan Islam?
Tiada larangan bagi seorang keluarga Islam untuk menerima takziah dalam bentuk bunga, surat dan sumbangan wang termasuk sumbangan dari orang bukan Islam. Sumbangan tersebut haruslah dianggap sebagai menunjukkan perasaan simpati terhadap keluarga si mati.
16.
Bilakah Tahun Baru Islam? 1 Januari atau 1 Muharram?
1 Januari adalah hari pertama bagi sistem kalendar sivil, yang pada asalnya adalah kalendar yang diasaskan oleh Julius Ceaser pada tahun 45 BC. Kalendar tersebut kemudian diperkemaskinikan oleh Pope Gregrory pada tahun 1582.
Kalendar Hijrah pula bermula pada 1 Muharram. Bulan-bulan Islam mengikut uruatan ini: Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jumadil Awal, Jumadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Kalendar Hijrah diasaskan oleh Khalifah Kedua Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. Beliau yang mencadangkan agar awal tahun bermula dengan 1 Muharram, berdasarkan apa yang telah sekian lama diamalkan oleh orang-orang
17.
Apakah asal-usul ucapan “Assalamu’alaikum” dan bolehkah orang yang bukan Islam mengucapnya?
Ucapan “Assalamu’alaikum” dan jawapannya “Wa’alaikum Salam” telah diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, ia telah menjadi ucapan yang biasa digunakan orang Islam.

Tiada hukum yang melarang orang bukan Islam dari menggunakan ucapan ini dan juga menerimanya kerana mempunyai maksud yang berkecuali. Walaubagaimanapun, terdapat orang Islam yang mungkin kurang selesa atau kurang senang untuk menerima ucapan ini dari seseorang yang bukan Islam. Oleh itu, jika seorang bukan Islam kurang yakin adakah seorang Islam itu selesa atau tidak untuk menerima ucapan tersebut, maka adalah baik dan lebih selamat untuk memberi ucapan tersebut dalam terjemahannya ataupun memberi ucapan yang biasa seperti “Selamat Pagi” dan lain-lainnya.
18.
Bagaimanakah menasihati seorang bukan Islam yang ingin menggunakan Al-Quran untuk karya seni?
Tahap ketamadunan manusia adalah apabila ada sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Terutama sekali dalam perkara-perkara yang amat intim dan rapat pada manusia lain. Orang yang tersayang dan ugama merupakan dua perkara yang amat intim dan rapat pada setiap manusia. Sudah tentu kita tidak akan mempersendakan atau mempermainkan ibu bapa seseorang. Begitu juga ugama. Sebagai manusia yang bertamadun, kita akan sentiasa menjauhkan diri dari segala perkara yang boleh membangkitkan kemarahan dalam diri orang lain.
Al-Quran merupakan sesuatu yang amat dihormati oleh orang Islam. Maka mempermainkannya atau mengubah-suainya sebagai satu karya, adalah satu perkara yang akan menimbulkan kemarahan umat Islam. Dalam hal ini, manusia perlu diingatkan bahawa setiap sesuatu ada hadnya. Begitu juga dalam seni, ada hadnya. Seni tidak boleh sampai menjatuhkan maruah orang lain, membunuh orang lain, dan mempermainkan sesuatu yang dihormati dan disanjung oleh satu-satu kaum.
Oleh itu orang itu perlu diperingatkan agar menjadi manusia yang bertamadun dengan berhenti dari menggunakan kitab-kitab suci agama-agama dalam seninya. Kitab-kitab tersebut adalah untuk dibaca dan dijadikan panduan, bukan untuk karya seni seseorang.
19.
Apakah pandangan Islam tentang memberikan persembahan tarian budaya?
Islam mengiktiraf bahawa manusia secara semulajadinya terdorong dengan budaya di dalam diri masing-masing. Oleh itu, Islam tidak melarang pameran kebudayaan. Walaubagaimanapun, Islam juga telah memberi panduan untuk kita tidak melampaui batasan Islam, sepertimana sebuah negara telah menetapkan panduan tentang yang boleh dan yang dilarang.
Antara panduan yang ditetapkan Islam dalam hal persembahan tarian adalah seperti berikut,
1. Tidak memakai pakaian dan solekan yang berasal dari agama lain. Ini termasuk memakai PUTU atau NANDE di bahagian dahi kerana ia berasal dari agama Hindu.
2. Elakkan diri dari perkara-perkara yang haram seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dan menghadiri majlis yang menyediakan alkohol.Harus tiada kepercayaan bukan Islam terdapat di dalam tarian tersebut. Oleh itu, tarian Bali harus dielakkan kerana ia berdasarkan kepercayaan Hindu dan juga tarian kuda-kepang jika ada mantera atau bacaan yang bukan berdasarkan Islam.

Label:

Qadha', Jamak & Qasar
1.
Apakah bezanya solat jamak dan solat qasar?
Ada dua jenis solat bagi orang yang belayar: Jama' dan Qasar. Jama' bermaksud menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu. Dan ia ada dua jenis: Jama' taqdim, dan Jama' Takhir. Jama' Taqdim adalah mengerjakan solat Asar dalam waktu Zohor, dan solat Isyak dalam waktu Maghrib. Jama' Takhir pula adalah mengerjakan solat Zohor dalam waktu Asar, dan solat Maghrib dalam waktu Isyak.







Qasar pula bermaksud memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat.






Solat Jama' dan Qasar adalah anugerah dari Allah untuk memudahkan mereka yang belayar mengerjakan
2.
Apakah bezanya antara solat jamak dan solat qadha'?
Jamak solat bererti menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu:
1) melakukan solat zohor dan asar pada waktu zohor atau waktu asar
2) melakukan solat maghrib dan isya' pada waktu maghrib atau isya'
Jamak solat boleh dilakukan sekiranya ada keperluan mendesak seperti bermusafir atau menghadapai kecemasan.
Qadha' solat pula bermakna menggantikan solat yang tertinggal pada waktu lain. Ia boleh dilakukan sekiranya seseorang itu terlupa atau tertidur, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
3.
Mana satukah yang harus dilakukan dahulu, solat qadha' atau solat yang sudah masuk waktunya?
Solat qadha' perlu dilakukan dan adalah lebih baik anda menunaikan solat yang sudah masuk waktu kemudiannya melakukan solat qadha' anda dengan tanpa melengah-lengahkannya.
4.
Adakah wajib mengqadha' jika tertinggal salah satu solat lima waktu?
Solat lima waktu adalah wajib. Sekiranya seseorang itu tertinggal solat tersebut kerana lupa, tidur, atau gila, maka wajib ia mengqadha' solat tersebut. Adapun jika ia sengaja meninggalkan solat tersebut, maka mengikut jumhur ulama Syafii, wajib ia mengqadha' juga solat tersebut.
5.
Bagaimanakah seseorang itu membayar semula (qadha’) solat yang telah lama ditinggalkan?
Seseorang itu wajib mengqadha’ solatnya. Tidak kira samada ditinggalkan dengan sengaja atau tidak. Ini menurut pendapat kebanyakan ulama. Adalah perkara yang sangat baik jika seseorang itu telah menyedari silapnya dan ingin membayar semula solat yang telah ditinggalkan itu. Adalah baik juga jika seseorang itu membuat taksiran tentang jumlah berapa banyak solat yang telah ditinggalkan. Jika terdapat cara lain untuk membuat taksiran tersebut, maka wajiblah cara itu digunakan. Kalau tidak, taksiran sendiri juga boleh digunakan.
Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah untuk mengqadha’ semula solat tersebut. Ia boleh dilakukan secara beransuran seperti melakukannya selepas setiap solat fardhu. Contohnya, melakukan qadha’ Zuhur selepas menunaikan solat Zuhur. Lakukanlah selama waktu yang ditaksirkan dan lebih sedikit sebagai langkah yang lebih selamat. In sya Allah, Allah akan membantu dalam hal
6.
Bilakah waktu yang paling sesuai untuk qadha’ solat Subuh? Adakah sejurus selepas bangun tidur atau pada waktu Zuhur?
Jika solat Subuh ditinggalkan, ia harus diqadha’ sejurus selepas bangun dari tidur.
7.
Jika seseorang ingin qadha' solat, adakah waktu-waktu yang sesuai untuk mengerjakannya?
Ulama berselisih pendapat samada wajib qadha' atau tidak. Yang muktamad dalam Mazhab Syafii adalah ia wajib qadhak. Apabila qadha' pula, ada ulama yang melarang qadha' solat di waktu yang haram solat, iaitu selepas solat Subuh hingga lebih kurang 30 minit selepas matahari terbit, 5 minit sebelum Zohor, dan selepas solat Asar hingga Maghrib. Oleh itu, seberapa yang boleh, elakkan lakukan qadha' pada waktu-waktu tersebut. Kerana waktu-waktu lain ada.Untuk qadha' solat dari 30 minit selepas terbit matahari hingga 5 minit sebelum Zohor, seseorang itu boleh solat apa sahaja yang ia inginkan kerana ia bukan waktu yang dilarang solat.
8.
Bolehkah solat jamak dilakukan sepanjang seseorang itu dalam pelayaran?
Solat jamak adalah anugerah dan hadiah dari Allah s.w.t lantaran sifat rahmat dan kasih-sayangNya terhadap hamba-hambaNya kerana mengharungi kepayahan dan kesusahan pelayaran. Oleh itu, seseorang boleh melakukan solat jamak ketika masih lagi dalam pelayaran walaupun ada kemudahan untuk melakukan solat pada waktunya. Akan tetapi jika ia ingin melakukan solat biasa, dan tidak dijamakkan atau diqasarkan, maka ia tidak salah dalam Islam.
Perlu diingatkan di sini bahawa solat jamak hanya boleh dilakukan dalam pelayaran. Apabila sampai di destinasi tujuan, ia masih terus boleh lakukan solat jamak selama 3 hari, tidak termasuk hari tiba dan pulang. Selepas itu, dia tidak boleh lagi lakukan solat jamak dan harus melakukan solat seperti biasa.

9.
Benarkah ada kelonggaran solat jamak jika dalam keadaan dharurat?
Solat jamak pada dasarnya adalah untuk mereka yang sedang bermusafir. Namun, ada diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah menjamakkan solat ketika dalam tidak belayar, tetapi sekali sahaja. Oleh itu, para ulama berpendapat bahawa boleh solat jamak dalam negeri sendiri tanpa belayar dengan syarat berikut:
1) Ia tidak dilakukan dengan kerap, seperti setahun sekali atau dua kali sahaja.
2) Ia dilakukan apabila tiada peluang lansung untuk mengerjakan solat pada waktunya, walaupun telah berusaha.
10.
Berapa jauhkah jarak tempat yang membolehkan seseorang yang berjalan jauh untuk melakukan solat jamak?
Jika kita hendak melakukan solat jama', jarak diantara tempat yang kita beredar dengan tempat destinasi kita hendaklah melebihi 80km.
11.
Bolehkah seseorang itu jamak solatnya kerana waktu kerja yang tidak mengizinkan melakukan solat pada waktunya?
Solat jamak adalah kelonggaran yang Allah s.w.t berikan kepada mereka yang musafir. Bagi mereka yang berada dalam negara sendiri, mereka dilarang dari menjamakkan solat kecuali jika dalam keadaan darurat yang mana menghalang mereka dari mengerjakan solat. Darurat di sini bererti sesuatu keadaan dimana ia jarang-jarang berlaku, seperti setahun sekali, atau seumur hidup sekali.
Dalam keadaan bertugas yang mana amat sukar untuk mengerjakan solat, dan tugas tersebut memerlukan pemerhatian penuh, usaha-usaha perlu dilakukan untuk mengerjakan solat pada waktunya. Sekiranya semua usaha telah dilakukan dan tidak berjaya, dan sekiranya tugas tersebut amat penting dan genting, dan waktu tugas yang bertembung dengan waktu solat berlaku sekali sekala, maka dibenarkan untuk menjamak solat, kerana tiada jalan lain untuk mengerjakan solat kecuali untuk menjamakkannya. Ia adalah lebih baik dari mengqadha' solat.
12.
Apabila seseorang itu melakukan solat jamak, contohnya Zuhur pada waktu Asar, mana satukah harus dilakukan dahulu?
Solat yang disebutkan adalah Jamak Ta’khir. Bagi jamak ta’khir Zuhur pada waktu Asar misalnya, salah satu daripadanya boleh dilakukan dahulu. Walaubagaimanapun, menurut beberapa ulama, adalah baik Asar dilakukan dahulu kerana ia adalah waktu Asar. Sama juga apabila Maghrib dijamak pada waktu Isya’, salah satu daripadanya boleh dilakukan dahulu tetapi adalah baik Isya’ dilakukan dahulu.
Sama juga bagi jamak taqdeem, apabila melakukan Asar pada waktu Zuhur, atau Isya’ pada waktu Maghrib, adalah baik, Zuhur/ Maghrib dilakukan dahulu.
Solat subuh tidak boleh
13.
Dalam solat jamak dan qasar Maghrib dan Isyak, perlukah suara dikuatkan?
Solat jamak dan qasar, jika dilakukan pada siang hari bagi solat Zuhur dan Asar, ia harus diperlahankan bacaan. Tetapi jika dilakukan pada malam hari bagi solat Maghrib dan Isyak, boleh dibaca dengan jahar, iaitu kuat.

Label:

Faraid
1.
Apakah itu faraid dan adakah ia hanya kena-mengena dengan yang sudah tiada?
Hukum Faraid adalah khusus untuk harta yang telah ditinggalkan oleh pemiliknya yang sudah meninggal dunia.
Apabila seseorang itu membahagikan kesemua hartanya kepada orang lain, warisnya atau tidak, semasa dia hidup, itu namanya "Hibah" (hadiah). Dan itu halal dalam Islam. Namun, jika seseorang itu melakukan demikian sehingga menzalimi ahli waris lain maka dia telah berdosa.
2.
Bolehkah harta peninggalan dibahagikan sama rata kepada waris-waris dengan persetujuan masing-masing?
Pembahagian harta pada hukum asalnya adalah mengikut hukum faraid. Setiap waris perlu mengetahui bahagian saham masing-masing mengikut hukum Islam. Tetapi sekiranya waris-waris bersetuju untuk membahagi sama rata harta tersebut, maka hukum pembahagian tersebut adalah dibolehkan.
3.
Apa hukumnya orang yang tidak setuju dengan pembahagian harta mengikut faraid?
Hukum faraid merupakan satu perintah yang ditentukan oleh Allah s.w.t melalui firmannya dalam ayat-ayat yang jelas dalam Al-Qur'an. Ia bertujuan untuk menjamin keadilan dan hak setiap ahli waris serta menjaga silaturahim antara keluarga. Sebagai umat Islam, kita wajib mematuhi hukum ini.
Walau bagaimanapun, sekiranya semua ahli waris bersetuju dan redha untuk membahagikan harta ini dengan cara lain, ia boleh dilakukan kerana ia bersangkut dengan hubungan sesama manusia.
4.
Perlukah wang simpanan ibubapa yang meninggal dunia dibahagikankepada anak–anaknya mengikut hukum Islam?
Wang simpanan arwah ibu atau bapa perlu dibahagikan mengikut hukum faraidh. Akan tetapi para ahli waris boleh menghalalkan bahagian yang diterima untuk diserahkan kepada ahli waris yang lain, contohnya kepada ibu.
5.
Bilakah hak waris bermula?
Hak waris bermula apabila kematian seseorang itu telah dipastikan dan setelah dilaksanakan semua hal-hal yang bersangkutan dengan harta itu. Iaitu:
1. Perbelanjaan mengurus jenazah secara berpatutan.
2. Membayar hutang-hutang si mati, samada hutang dengan manusia atau hutang dengan Allah termasuk zakat dan fidyah.
3. Wasiat yang tidak melebihi 1/3 dan bukan untul waris.
4. Baki jumlah daripada harta tersebut menjadi pusaka yang boleh
6.
Adakah wajib membuat wasiat ke atas harta peninggalan?
Mengikut ajaran Islam, orang Islam sangat–sangat digalakkan membuat wasiat supaya tidak meninggalkan masalah kepada warisnya yang hidup dan kepada dirinya.
7.
Bolehkah seseorang itu membuat wasiat untuk seorang waris agar mendapat bahagian lebih daripada yang telah ditetapkan?
Wasiat untuk ahli waris tidak sah kerana ahli waris mempunyai bahagian yang telah ditetapkan dalam hukum faraid.
8.
Bolehkah seorang Islam itu membuat wasiat agar harta pusakanya dibahagikan menurut wasiat yang ditulis?
Di dalam Islam, pembahagian harta pusaka orang yang telah meninggal dunia adalah menurut faraid seperti yang telah ditetapkan di dalam Al-Qur’an. Tujuan berwasiat adalah untuk memberi harta pusaka kepada yang tidak mewarisi dan ia tidak boleh melebihi 1/3 harta tersebut. Hukum faraid yang ditetapkan di dalam Al-Qur’an penuh dengan hikmahnya, seperti mana perintah-perintah Allah s.w.t yang lain berhikmah juga dan adalah baik kita sebagai orang Islam menghormati perintah tersebut kerana Allah Maha Mengetahui.
9.
Apakah hukumnya wasiat yang melebihi 1/3 dari harta pusaka?
Wasiat yang melebihi 1/3 bahagian dari harta pusaka hukumnya bergantung kepada keredhaan para waris yang berhak. Jika tidak ada keredhaan mereka, maka wajib dikurangkan kepada had maksimum wasiat iaitu 1/3 dari harta pusaka dan selebihnya hendaklah dibahagikan kepada waris. Izin itu hanya diakur sah jika diberikan waris setelah pembuat wasiat tersebut meninggal dunia.
10.
Bolehkah seorang isteri itu membuat wasiat kepada orang lain dan tidak pada suaminya sendiri?
Wasiat termasuk di dalam perkara-perkara yang harus. Wasiat dianggap sah jika diberikan kepada sesiapa sahaja yang bukan daripada kalangan pewaris dan tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka.
11.
Apakah boleh seseorang Islam membuat wasiat yang mana pewarisnya adalah orang bukan Islam?
Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa adalah dibolehkan seseorang Islam membuat wasiat kepada seseorang bukan Islam selagi ianya tidak melebihi 1/3 dari harta pusaka tersebut.
12.
Dimanakah kedudukkan anak luar nikah dari segi mewarisi harta arwah ayahnya?
Garis pandu bagi seorang anak luar nikah kepada bapanya adalah seperti berikut:
1) Jika bapa tersebut mengahwini ibunya, maka bapa tersebut menjadi bapa tiri, bukan bapa kandung.
2) Dia tidak boleh dibin atau bte kan kepada bapa tiri itu.
3) Dia tidak boleh mewarisi harta bapa tiri itu, dan juga sebaliknya, bapa tiri itu tidak boleh mewarisi hartanya kelak.
4) Dia boleh menerima wasiat dari bapa tirinya, kerana dia bukan ahli waris bapa tirinya.
5) Bapa tirinya tidak boleh menjadi wali nikah baginya.
Jika seorang bapa tiri ingin memberikan sebahagian dari hartanya kepada anak tirinya sewaktu dia hidup, maka itu dianggap sebagai hadiah dan tidak tertakluk pada faraidh.
13.
Bolehkah mewasiatkan harta kepada anak angkat?
Boleh mewasiatkan harta kepada anak angkat, tetapi tidak boleh lebih dari sepertiga harta pusaka.
14.
Bolehkah anak tiri mewarisi harta pusaka bapa atau ibu tirinya yang sudah meninggal? Bagaimana pula dengan anak angkat?
Dalam hukum faraid, anak tiri, anak angkat dan isteri yang telah diceraikan semasa hidup tidak dianggap sebagai ahli waris yang berhak. Oleh itu, anak tiri tidak boleh mendesak balu bapa tirinya untuk menjual rumah untuk mereka mendapat bahagian dari rumah tersebut. Kerana mereka tidak berhak mendapat apa-apa dari harta pusaka bapa tirinya. Mereka hanya berhak mendapat harta pusaka dari bapa kandungnya sendiri.
15.
Jika si mati tidak mempunyai sebarang waris, bolehkah anak angkatnya menuntut seluruh harta peninggalannya?
Anak angkat tidak boleh mewarisi seluruh harta si mati. Ini memandangkan anak angkat itu bukanlah waris yang sah dari sudut hukum agama Islam. Namun demikian sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat yang disaksikan oleh 2 orang saksi lelaki dewasa, maka hanya 1/3 bahagian sahaja yang boleh dituntutnya. Yang selainnya mestilah diserahkan kepada Baitul Mal yakni Muis sebagai amal jariah si mati dan digunakan untuk maslahat umum masyarakat Islam di Singapura.
16.
Yang mana harus diselesaikan dulu? Peninggalan harta atau hutang amalan si arwah?
Mengikut hukum faraid, harta pusaka perlu dibahagikan mengikut urutan berikut:
1) Menyelesaikan segala perkara yang bersangkut-paut dengan harta, seperti hutang si mati
2) Menyelesaikan urusan pengebumiannya secara sederhana
3) Menyelesaikan segala perkara yang bersangkut-paut dengan si mati, seperti Kaffarah puasanya, hajinya, zakatnya.
4) Wasiat si mati
5) Pembahagian kepada ahli waris yang berhak.
17.
Adakah wang CPF (Central Provident Fund) yang telah di letakkan nama “nominee” oleh si mati kepada seseorang itu menjadi pemilik hartanya secara mutlak?
Wang CPF merupakan harta pusaka si mati. Dalam Islam nama "nominee" yang diletakkan oleh si mati adalah sebagai pengamanah (trustee) dan bukan milik mutlak “nominee” tersebut. Sebagai pengamanah, seseorang itu wajib membahagikan wang tersebut kepada ahli-ahli waris mengikut hukum faraid.
18.
Adakah wang pampasan dari Skim Insurans CPF Dependents perlu diagihkan mengikut faraid?
Skim Insurans CPF tersebut adalah sebuah skim ko-operatif. Skim ini sama seperti skim Khairat Kematian. Wangnya dianggap halal dan wang pampasannya harus diagihkan menurut hukum faraid.
19.
Apa hukumnya menerima wang pampasan daripada syarikat insurans?
Wang pampasan insurans dibahagikan kepada dua:
1. Wang yang dibayar oleh pemegang polisi (si mati).
2. Wang lebihan yang diberikan oleh syarikat insurans.
Wang yang dibayar oleh pemegang polisi (si mati) adalah termasuk dalam harta peninggalan yang harus diagihkan menurut hukum faraid.
Wang lebihan yang diterima oleh syarikat insurans dianggap sebagai wang syubhah yang mana status halal dan haramnya adalah kurang jelas. Wang ini harus diberikan kepada BaitulMal agar ia digunakan untuk kebaikan masyarakat
20.
Adakah flat peninggalan yang telah dibeli oleh seseorang dengan bekas isterinya secara "joint-tenancy" menjadi milik mutlak kepada bekas isteri ketika bekas suami meninggal dunia?
Setelah mengkaji kedudukan "joint-tenancy", Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa flat tersebut bukanlah harta mutlak milik bekas isteri almarhum. Bekas isteri kepada yang meninggal dunia itu hanya mendapat separuh bahagian (50%) daripada nilai harga rumah tersebut. Bahagian ini diperolehi atas sebab hak beliau sebagai pembeli bersama (joint-tenants)
Adapun separuh bahagian yang baki, maka bahagian tersebut adalah milik waris si mati. Bahagian baki ini tidak boleh diberikan kepada bekas isteri si mati kerana mereka telah bercerai sebelum si suami meninggal dunia. Maka bekas isteri tidak mendapat apa-apa bahagian kerana beliau bukan lagi merupakan isteri dan waris kepada si mati.
21.
Apakah harus difaraidkan jika pembayaran hutang kepada si mati itu dilunaskan?
Jika seseorang itu sudah meninggal dunia, dan kemudian datang seseorang melunaskan hutangnya kepada si mati tersebut, maka duit yang dibayar itu adalah dianggap sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan mengikut hukum faraid. Jika seseorang itu sudah meninggal dunia, dan kemudian datang seseorang melunaskan hutangnya kepada si mati tersebut, maka duit yang dibayar itu adalah dianggap sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan mengikut hukum faraid.
22.
Berhakkah pewaris meminta segala hutang dibayar kepada si mati sebelum harta warisan diagihkan?
Segala hutang-piutang menjadi tanggungjawab si peminjam membayarnya tidak kira siapa yang meminjamkan. Bagi yang diamanahkan untuk uruskan harta selepas kematiannya berhak untuk mengagihkan hutang tersebut kerana harta itu merupakan harta warisan yang perlu diagihkan mengikut faraid.
23.
Bolehkah harta pusaka si mati dilaburka dan hasil keuntungannya digunakan untuk membiayai pendidikan anak, cucu dan cicit si mati?
Perkara tersebut boleh dilakukan dengan syarat syarat semua ahli waris yang berhak telah melepaskan bahagian mereka dengan redha.
24.
Bolehkah seorang wanita yang kematian suaminya menggunakan wang sedekah yang diterima dari kematian itu untuk kegunaan harian?
Wang yang disedekahkan ketika kematian adalah milik keluarga yang hidup maka tidak termasuk di dalam kategori harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut faraid. Maka ia boleh digunakan untuk keperluan harian keluarga si mati.

Label:

Toharah
1.
Apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhu'?
Menurut mazhab Syafi’i, perkara-perkara berikut membatalkan wudhu’:
· Apa sahaja yang keluar dari anggota kemaluan.
· Hilangnya daya fikir seperti tidur dan sebagainya (melainkan tidur dalam keadaan duduk)
· Menyentuh anggota kemaluan.
· Menyentuh seseorang yang bukan mahramnya.
2.
Apa hukumnya orang yang tiada wudhu' memegang Al-Quran?
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Waqi'ah, ayat 79: Dan tidak boleh memegangnya kecuali orang yang suci.
Para ulama berselisih samada yang dimaksudkan di sini adalah Al-Quran yang dicetak, atau Al-Quran asli yang berada di sisi Allah s.w.t
Pendapat yang kuat dalam Mazhab Syafii, adalah tidak harus orang yang berada dalam hadas kecil dan besar untuk menyentuh Al-Quran, kecuali dalam keadaan untuk menyelamatkannya.
3.
Adakah wajib bagi seseorang itu mengambil wudhu’ jika memegang naskhah terjemahan Al-Qur’an?
Wudhu’ hanyalah wajib jika seseorang itu memegang naskhah Al-Qur’an dalam bahasa asalnya iaitu Bahasa Arab. Oleh itu, tidak perlu untuk mengambil wudhu’ apabila memegang naskhah terjemahan Al-Qur’an.
4.
Bagaimanakah seseorang yang sebahagian badannya berbalut dan tidak boleh terkena air melakukukan mandi hadas dan wudhu'?
Sekiranya sebahagian tubuh berbalut dan tidak boleh terkena air walau sedikit pun, maka boleh melakukan tayammum untuk menggantikan mandi hadas. Perlu juga melakukan tayammum sebagai menggantikan wudhu' (ablution) ketika ingin solat.
5.
Haruskah pengantin mengambil wudhu sebelum bernikah?
Tidak ada mana-mana suruhan agama yang menganjurkan kita untuk mengambil wudhu ketika hendak akad nikah. Akad nikah tetap sah walaupun tanpa wudhu. Upacara yang dikenali sebagai Membatal Wudhu apabila selesai akad, adalah adat bukan agama. Maka, pengantin perempuan dan lelaki tidak perlu berwudhu untuk mengesahkan akad nikah.
6.
Jika seseorang itu mempunyai masalah buang angin, haruskah mengambil wudhu' tiap kali terbuang angin?
Tidak perlu mengangkat wuduk setiap kali buang angin kecuali jika untuk solat atau mengangkat Al-Quran.
7.
Bolehkah mengambil wudhu' dengan menyapu atas stokin kaki apabila tempat mengambil wudhu' sangat terhad?
Dalam keadaan darurat, dibenarkan untuk mengambil pendapat yang kurang kuat bahawa boleh menyapu wudhu' atas stokin kaki.
8.
Mengapakah ada yang mengatakan suami isteri tidak batal wuduknya jika bersentuhan?
Ulama keempat-empat mazhab berbeza pendapat mengenai hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang ajnabi, samada membatalkan wudu' atau tidak. Mengikut mazhab Hanafi, Hambali dan Maliki, tidak batal wuduk. Manakala mengikut mazhab syafii, batal wuduk.
Yang mengatakan tersebut, mungkin mengikut mazhab selain dari mazhab Syafii. Sebagai orang awam, kita wajib mengikut salah satu dari empat mazhab agar terselamat ibadah kita dari berbagai pendapat yang bertentangan. Oleh itu, jika anda seorang yang bermazhab Syafii, carilah guru dan kelas yang mengajar Fiqh Mazhab Syafii. Agar ia tidak terkeliru dengan pendapat-pendapat mazhab lain.
Begitu juga, jika kita ragu-ragu terhadap apa jua yang disampaikan, wajib kita bertanya guru tersebut atau ahli agama lain tentang pendapat tersebut mengikut mazhab mana.
9.
Adakah batal wudhu seseorang itu jika lelaki bersentuhan kulit dengan adik perempuan/ kakak kepada datuk/ nenek (nenek saudara)?
Adik perempuan bagi datuk adalah nenek saudara seseorang. Nenek saudara tiada ikatan darah yang langsung kepada seseorang. Oleh itu, batal wuduk jika bersentuhan dengan nenek saudara, tidak kira samada sebelah ibu atau bapa.
10.
Adakah sentuhan antara sepupu membatalkan wudhu'?
Islam membenarkan perkahwinan antara sepupu kerana mereka bukan mahram. Maka, bersentuhan antara mereka tanpa berlapik adalah membatalkan wuduk.
11.
Batalkah wudhu' jika tersentuh antara adik beradik tiri?
Adik beradik tiri, samada sebelah bapa atau ibu, adalah seperti adik beradik sendiri. Tidak batal wudh'u antara mereka, dan tidak batal wudhu' dengan anak-anak mereka.
12.
Batalkah wudhu seorang wanita jika tersentuh dengan wanita bukan Islam? Bagaimana pula lelaki yang tersentuh lelaki bukan Islam?
Tidak batal wudhu' wanita jika ia bersentuhan dengan wanita, tidak kira Islam atau bukan Islam. Begitu juga dengan lelaki. Wudhu wanita hanya batal jika ia bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahramnya, termasuk suaminya. Dan sebaliknya untuk lelaki dan wanita yang bukan mahramnya, termasuk isterinya.
13.
Perlukah seseorang itu mengambil wudhu' semula selepas mandi hadas?
Seseorang yang telah mandi hadas, ia dianggap sudah bersih dari hadas besar dan kecil. Maka ia boleh terus lakukan solat tanpa mengambil wuduk. Tetapi ia mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Tidak menyentuh kemaluannya sewaktu mandi
2) Tidak mengeluarkan angin (kentut) sewaktu mandi.


Sebaik-baiknya seseorang itu mengambil wuduk selepas mandi hadas, sebagai berhati-hati.
14.
Bagaimanakah melafazkan niat mandi hadas?
Niat merupakan perkara hati di mana ia menyatakan bahawa kita membuat sesuatu itu dengan kesedaran kerana Allah. Jadi, niat untuk mandi hadas boleh dilakukan dalam apa jua bahasa selama mana anda faham dan sedar akan apa yang anda niatkan.
15.
Apakah cara yang betul untuk mandi hadas untuk lelaki dan wanita?
Cara mandi hadas yang sempurna bagi lelaki dan wanita adalah dengan membersihkan kemaluannya dahulu, depan dan belakang. Kemudian dimulakan dengan cara mengangkat air sembahyang dengan niat: Sahaja aku mandi hadas kerana Allah Ta'ala. Setelah itu, mandi seperti biasa dengan memastikan bahawa semua anggota badan dan kulit terkena air, termasuk jari jemari kaki. Tiada salahnya untuk menggunakan sabun.
16.
Haruskah menggunakan sabun ketika mandi hadas?
Mandi hadas tidak perlu sabun kecuali jika untuk menghilangkan kotoran yang akan menyebabkan terhalangnya air dari terkena kulit. Jika hendak sabun, ia boleh dilakukan ketika mandi hadas, iaitu jatuh niat pada kali pertama air terkena badan, sabun dan bilas dan kemudian selesai. Sebaiknya sahaja seseorang itu lap badannya dari air, maka ketika itulah selesai mandi hadasnya.
17.
Perlukah mandi hadas jika air mani keluar sekali bersama dengan air kencing?
Dari sudut biologi, air yang keluar tersebut adalah lebihan mani yang berada di pelir (testicle). Air mani sentiasa terhasil secara berterusan di pelir. Jika ia tidak keluar, maka lebihannya akan keluar secara sendiri, apabila membuang air kecil atau ketika meneran.



Air ini, walaupun ia merupakan air mani, tetapi dari sudut syarak ia bukan dianggap air mani yang asli yang mewajibkan mandi hadas. Ini adalah kerana ia keluar tanpa perasaan syahwat, dan ia sudah bercampur dengan air kencing. Maka, orang yang keluar air mani seperti itu, hanya perlu membersihkannya sahaja.
18.
Apakah bezanya antara mandi hadas, mandi junub, mandi jimak dan mandi wajib?
Tidak ada apa-apa beza antara mandi hadas, mandi junub, mandi jimak dan mandi wajib. Kesemuanya adalah perkara yang sama dan niatnya juga sama.
19.
Haruskah lelaki memakai kain atau wanita berkemban ketika mandi?
Menutup aurat ketika mandi adalah dianggap suatu amalan yang digalakkan kerana seseorang itu harus mempunyai sifat malu walaupun di dalam bilik air. Kita harus ingat bahawa apabila berada di dalam bilik air , kita tidak berseorangan. Dengan itu kita harus memelihara aurat kita daripada terdedah.


Walaubagaimanapun, terpulang kepada individu samada untuk mengamalkannya ataupun tidak.
20.
Bagaimanakah sertu dilakukan dan apakah syarat-syaratnya?
Sertu ialah cara pembersihan untuk najis berat. Caranya adalah dengan mengalirkan satu bahagian air yang dicampur dengan tanah dan lagi enam bahagian air yang bersih dan suci ke tempat yang terjejas. Boleh dimulakan dengan mana-mana bahagian dan tanah yang digunakan haruslah suci dari mana-mana najis.
21.
Adakah sertu mempunyai urutannya yang tertentu, iaitu dimulakan atau diakhiri dengan air bercampur tanah?
Cara sertu adalah dengan menuangkan 6 kali air bersih ke tempat tersebut dan 1 kali air bercampur tanah/pasir. Urutannya tidak penting. Maka boleh dimulakan dengan air bercampur tanah/pasir dan diikuti dengan 6 kali air bersih, atau diakhiri dengan air bercampur tanah tersebut atau ditengah-tengahnya.
22.
Bolehkah barang/ anggota badan/ tempat yang terkena babi dibersihkan dengan air dan sabun atau produk pembersihan yang lain?
Menurut hukum Islam, babi dianggap sebagai najis berat dan ini termasuk kesemua anggota badannya seperti kepalanya dan kulitnya.

Jika ada barang/ anggota badan/ tempat yang terkena dengan babi dan salah satu atau kedua-duanya basah, maka ia perlu dibersihkan dengan cara sertu. Sertu dilakukan dengan membersihkan tempat yang terkena itu sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya dengan air yang dicampur dengan tanah dan 6 bahagian yang lain dengan air yang bersih dan suci.
23.
Bolehkah seseorang itu menggunakan sponge atau kain untuk sapu tempat yang disertu?
Untuk sertu, perlu dituang air yang dicampur dengan tanah pada tempat yang terkena najis. Air tersebut perlu nampak bertakung atau mengalir. Tidak boleh hanya sapu dengan sponge atau kain sahaja. Air tersebut kemudian boleh disapu, disedut dengan sponge atau lain agar dapat menuangkan baki 6 kali air bersih.
24.
Perlukah seseorang itu sertu rumah yang pernah diduduki oleh orang bukan Islam?
Sekiranya anda sangsi dan syak bahawa penghuni lama menyimpan anjing atau memasak makanan yang ada daging khinzir, maka anda wajar sertu rumah tersebut di tempat-tempat yang anda rasa telah terkena najis tersebut.
25.
Bagaimanakah melakukan sertu di kereta terpakai yang menurut pemilik lama, selalu dibawa anjing peliharaan kedalamnya?
Jika anda yakin bahawa pemilik sebelumnya membawa anjing di dalam kereta, maka anda perlu usahakan agar tempat duduk dan pintu bahagian dalam kereta tersebut disertu dengan enam kali air suci, dan sekali dengan air bercampur tanah. Kemudian dikeringkan.
26.
Haruskah disertu bahagian yang disyaki terkena air yang mungkin datang dari daging babi?
Jika yakin bahawa bahan yang terkena adalah dari daging babi, maka anda wajib sertu anggota tersebut.
Jika anda was-was atau tidak yakin bahawa daging tersebut adalah daging khinzir atau daging binatang lain, maka anda tidak wajib sertu. Hanya perlu cuci seperti biasa.
27.
Perlukah sertu anggota badan jika tersentuh sesuatu yang telah disentuh oleh orang bukan Islam yang memakan daging babi?
Sesuatu itu akan menjadi najis jika ia basah, atau yang memegangnya basah. Jika kering, ia bukan najis. Oleh itu, jika tangan anda basah apabila memegang barang yang mana seorang yang memakan daging babi telah memegangnya, maka anda perlu sertu tangan anda. Jika tangan anda kering, maka anda hanya perlu bersihkan tangan anda dengan tisu daripada segala kesan habuk, minyak atau sebagainya dari daging babi tersebut, sebelum anda mencuci tangan anda.
28.
Dalam keadaan apakah seseorang itu perlu melakukan sertu apabila terkena dengan anjing?
Jika kedua-dua anjing dan manusia/ barang/ tempat yang terkena berada di dalam keadaan kering, maka tidak perlu sertu. Sertu hanya perlu dilakukan jika salah satu, anjing atau manusia/ barang/ tempat yang terkena sedang basah, ataupun kedua-duanya basah.
29.
Mengapakah anjing, lebih-lebih lagi air liurnya, dianggap sebagai najis?
Kita tidak harus terlalu memikirkan tentang mengapakah anjing dianggap najis kerana ia boleh menyebabkan kepercayaan bahawa jika bahayanya dihilangkan, hukumnya juga dihilangkan. Konsep sebegini tidak harus digunakan.

Air liur membawa bersamanya bacteria, tidak kira samada yang datang dari manusia atau anjing itu sendiri. Dan bacteria boleh dihapuskan dengan bahan-bahan kimia yang tertentu seperti sabun anti-bakteria, dan tidak semestinya dengan air dan tanah. Oleh itu, jika kita berpegang dengan konsep ini, kaedah pembersihan dengan air dan tanah yang dikenali sebagai sertu tidak lagi dianggap sesuatu yang perlu. Dan konsep sebeginilah yang tidak harus diguna-pakai. Dengan ini, kita harus berpegang kepada kepercayaan bahawa apa-apa sahaja yang diturunkan Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w harus ditaati, tidak kira apakah sebab-sebab disebaliknya.

Bagi memelihara anjing pula, kesemua mazhab bersetuju bahawa memelihara anjing bagi tujuan keselamatan atau memburu adalah dibolehkan. Akan tetapi, memelihara anjing sebagai binatang pemeliharaan atau untuk tujuan keselamatan di kawasan yang memang selamat tidak dibenarkan dalam Islam.
30.
Mengapakah orang Islam dilarang dari menyentuh anjing?
Menurut mazhab Syafii, anjing adalah punca najis berat. Oleh itu, jika seseorang itu tersentuh anjing dan permukaannya basah, maka perlulah dilakukan sertu pada anggota yang terjejas dengan melakukan sertu iaitu mengalirkan 6 bahagian air yang bersih dan suci dan 1 bahagian ari yang dicampur dengan tanah. Menurut mazhab Hanafi pula, tidak menjadi najis jika tersentuh anjing.
Sehubungan dengan itu, boleh dikatakan bahawa menyentuh anjing tidak menjadi masalah bagi orang Islam dan bukanlah sesuatu yang haram. Akan tetapi, setiap kali tersentuh anjing, seseorang itu perlulah melakukan sertu sebelum menunaikan solat dan sebagainya.

31.
Bolehkah seseorang itu menyentuh atau memegang produk-produk babi dengan menggunakan sarung tangan?
Memegang babi dengan sarung tangan dibolehkan. Akan tetapi, sarung tangan yang sudah terkena dengan babi tersebut harus dijaga agar ia tidak terkena pula dengan pakaian atau anggota badan.
32.
Apabila mengemop rumah, dimop sekali tahi cicak di lantai. Kotorkah rumah kerana najis itu?
Najis cicak adalah najis pertengahan, sama statusnya dengan najis manusia. Jika ia kering, maka status najisnya terangkat sementara. Tetapi jika ia basah walaupun sedikit, ia adalah najis. Dan air yang terkena najis tersebut akan menjadi najis juga.
Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengalirkan air kembali kepada tempat-tempat yang sudah terkena air yang najis itu. Kemudian lap kembali air tersebut sehingga kering.
Untuk membersihkan tempat yang terkena najis cicak, pertama sekali hilangkannya dengan kertas ketika ia kering. Kemudian tuang air di atasnya, dan kemudian lap air tersebut sehingga kering.
33.
Adakah bulu kucing yang sudah gugur dianggap sebagai najis?
Mengikut Mazhab Syafii, bulu kucing dianggap sebagai najis. Maka ia tidak boleh berada pada anggota badan atau tempat sujud ketika solat, kerana ia akan menyebabkan solat tersebut tidak sah. Oleh itu, perlu dihilangkan bulu kucing tersebut, samada dengan mengebasnya atau menyedutnya dengan vacuum cleaner.
34.
Bolehkah menggunakan pakaian atau karpet yang diperbuat dari bulu kambing (wool)?
Setiap binatang yang halal yang disembelih mengikut syariat Islam dianggap sebagai halal untuk dimakan, dan kulit serta bulu badannya tidak dianggap sebagai najis. Maka kambing, arnab dan sebagainya, jika disembelih mengikut syariat Islam, bulu dan kuiltnya tidak dianggap sebagai najis. Ia boleh digunakan untuk solat dan lain-lain kegunaan.
Walaubagaimanapun, bulu kambing biasanya dicukur dari kulit kambing apabila ia masih hidup, justeru itu, isu adakah ia disembelihkan dengan cara Islam atau tidak perlu dipertikaikan.
35.
Bolehkah orang Islam menggunakan produk yang diperbuat daripada tulang unta atau gading?
Para ulama telah bersetuju bahawa apa sahaja anggota haiwan termasuk kulit, bulu dan tulang yang datang dari haiwan yang halal dan yang disembelih menurut cara Islam, tidak dianggap sebagai najis. Maka ia boleh digunakan sebagai pakaian, alas kaki dan sebagainya.



Jika anggota tersebut datang dari haiwan halal yang tidak disembelih mengikut cara Islam, maka ia dianggap sebagai najis. Hukumnya adalah sama bagi anggota badan haiwan yang tidak halal seperti tulang harimau.



Unta adalah haiwan yang halal, maka hukum bagi penggunaan anggota badannya mengikut hukum yang tertera diatas.



Bagi gajah pula, kedudukannya tidak disebut didalam Al-Qur’an mahupun Hadith. Oleh itu, sebahagian ulama mazhab Syafi’i berpendapat bahawa gajah adalah haiwan yang tidak halal kerana menyamakan gading gajah dengan gigi taring. Ada juga sebahagian ulama yang tidak setuju dengan hubung kait tadi dan menganggapnya sebagai haiwan yang halal.



Oleh itu, bagi mereka yang mengikut pendapat bahawa gajah adalah haiwan yang tidak halal, gadingnya adalah najis. Bagi mereka yang mengikut pendapat bahawa ia adalah haiwan yang halal, maka gadingnya bukanlah najis.
36.
Adakah menghilangkan bulu di wajah atau di anggota lain dibenarkan?
Menghilangkan bulu di bahagian wajah adalah sesuatu yang dibenarkan Islam melainkan bulu kening dan rambut (memendekkannya dibenarkan selagi mana ia tidak menyerupai lelaki). Bagi lelaki, adalah haram bagi lelaki untuk mencukur janggut menurut mazhab Hanafi dan Hambali.
37.
Adakah menanggalkan bulu di bahagian ketiak secara kekal
Menanggalkan bulu ketiak adalah dibenarkan Islam. Oleh itu, menanggalkannya secara kekal juga dibenarkan.
38.
Adakah menanggalkan bulu di anggota sulit sesuatu yang dibenarkan Islam?
Menanggalkan bulu di bahagian anggota sulit adalah amalan yang digalakkan Islam.
39.
Apa hukumnya memotong kuku pada waktu malam atau semasa berpuasa?
Memotong kuku pada waktu malam tidak berdosa. Malah memotong kuku boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali ketika dalam keadaan ihram untuk umrah dan haji. Memotong kuku tidak membatalkan puasa.

Label: