Isnin, 11 Ogos 2008

Sains & Perubatan
1.
Perlukah seseorang itu berubat dengan doktor Islam yang sejenis dengannya?
Umat Islam dianjurkan untuk berubat dengan doktor Islam yang sama jenis, terutama dalam hal berkhatan, kerana auratnya sudah pasti akan terbuka. Tetapi jika tidak dapat doktor Islam yang sama jenis, dianjukan agar bertemu dengan doktor yang bukan Islam yang sama jenis dalam perihal berkhatan dan perubatan lain yang melibatkan aurat yang terbuka. Sekiranya tiada doktor bukan Islam yang sama jenis, maka dicari doktor Islam yang bukan sejenis. Dan jika tiada juga, dicari doktor bukan Islam yang lain jenis.
2.
Bolehkah berkhatan dengan doktor yang bukan berugama Islam?
Umat Islam dianjurkan untuk berubatat dengan doktor Islam yang sama jenis, terutama dalam hal berkhatan, kerana auratnya sudah pasti akan terbuka. Tetapi jika tidak dapat doktor Islam yang sama jenis, dianjukan agar bertemu dengan doktor yang bukan Islam yang sama jenis dalam perihal berkhatan dan perubatan lain yang melibatkan aurat yang terbuka. Sekiranya tiada doktor bukan Islam yang sama jenis, maka dicari doktor Islam yang bukan sejenis. Dan jika tiada juga, dicari doktor bukan Islam yang lain jenis.
3.
Apa hukumnya berkhatan?
Berkhatan adalah suatu Sunnah Rasulullah s.a.w dan juga Nabi Ibrahim a.s. Rasulullah telah mengatakan dalam hadithnya yang bermaksud, “Ada 5 perkara yang lumrah (lumrah dari segi kebersihan): menghilangkan bulu di tempat kemaluan, berkhatan, memepat misai, menghilangkan bulu ketiak, dan memotong kuku.” (Diriwayatkan oleh keenam-enam buku koleksi Hadith dan juga di buku-buku hadith lain.)





Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, berkhatan adalah sesuatu yang sangat digalakkan (Sunnah Mu’akkadah). Menurut Imam Syafi’i dan Ahmad Ibn Hanbal, ia adalah perkara yang wajib. Oleh itu, ibu-bapa Islam harus memastikan anak-anak lelaki mereka dikhatankan. Ia adalah sesuatu yang baik buat kebersihan dan toharah mereka dan ia juga merupakan suatu Sunnah Nabi s.a.w.





Cara berkhatan yang sesuai adalah menyiat kulit (qulfah) dari kepala zakar (hashfah) sehingga seluruh kepalanya terdedah. Jika hanya sebahagian dari kulitnya sahaja yang disiat dan masih ada lagi yang tergantung atau kurang dari setengah kepalanya yang terdedah, maka perlulah mengulangi prosedur tadi. Cara ini adalah cara yang paling sesuai dan digalakkan(mustahabb).





Menurut Sunnah Nabi s.a.w. ia adalah digalakkan untuk melakukan khatan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi tersebut (termasuk hari kelahiran), akan tetapi, dibolehkan juga melakukannya pada hari yang lain.
4.
Adakah khatan bagi lelaki yang baru masuk Islam sesuatu yang wajib?
Khatan adalah wajib bagi semua lelaki Islam. Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu syarat bagi mereka yang ingin memasuki Islam. Seseorang itu boleh memasuki Islam tanpa berkhatan. Selepas memasuki Islam, adalah baik dia meningkatkan imannya dengan bersolat dan ibadah-ibadah yang lain. Dia juga haruslah meningkatkan ilmunya dengan membaca Al-Quran dan buku-buku tentang Islam. Hanya apabila dia merasa sesuai dengan kaedah berkhatan, maka bolehlah dia melakukannya tanpa perasaan was-was.
Khatan membolehkan seseorang itu membersihkan kemaluannya dengan mudah. Kulit zakar seorang lelaki biasanya akan mengumpul air kencing didalamnya. Oleh itu, jika seseorang itu telah memasuki Islam dan belum berkhatan, dia perlu memastikan yang kulit di zakarnya tidak tersimpan air kencing semasa mahu menunaikan solat dengan membersihkannya.

Pada zaman sekarang, kaedah berkhatan telah menjadi suatu kaedah yang cepat dan tidak menyakitkan. Hanya suntikan ubat yang menyakitkan akan tetapi ia sedikit sahaja. Jika menggunakan kaedah laser, ia akan membaik dalam tempoh yang pendek iaitu kurang dari seminggu, kerana ia tidak menggunakan jahitan dan hanya memotong kulit tersebut dengan laser.
5.
Apakah tarikh yang paling dianjurkan untuk berkhatan?
Tiada tarikh yang dianjurkan bagi mereka yang ingin berkhatan. Walaubagaimanapun, adalah baik jika ia dilakukan seawall mungkin untuk mengelakkan dari rasa sakit atau malu jika ia dilakukan terlalu lambat.
6.
Apa hukumnya menghilangkan tanda lahir (birth mark) di wajah?
Menghilangkan tanda lahir di muka tidak salah dalam Islam kerana ia tidak termasuk dalam kategori menukar ciptaan Allah s.w.t. Tanda lahir adalah satu tambahan kepada bentuk fizikal yang normal bagi manusia.
7.
Adakah proses membuat kelopak mata untuk menyelaraskan dengan kelopak mata yang semulajadi di mata lagi satu dibenarkan Islam?
Memiliki kelopak mata yang berlainan bukanlah perubahan yang besar bagi bentuk fizikal manusia yang biasa. Oleh itu, menukar kelopak mata untuk menyamakannya dengan kelopak yang lagi satu seperti menukar ciptaan Allah dan ia adalah haram di sisi Islam. Melainkan jika ada sesuatu di wajah atau tubuh kita yang lain dari bentuk fizikal manusia yang biasa, maka menukarnya dibenarkan.
8.
Adakah pembedahan "Lasik" dibenarkan dalam Islam?
Pembedahan yang dilarang adalah pembedahan yang dibuat untuk mengubah ciptaan Allah atas tujuan fesyen atau hiasan. Adapun pembedahan bagi perubatan, seperti pembedahan lasik bagi mengurangkan kadar kerabunan mata, maka ia dibenarkan oleh Islam. Malah, Islam menggalakkan pengikutnya untuk berubat bagi setiap penyakit. Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada satu penyakit yang diturunkan oleh Allah s.w.t, kecuali diturunkan bersamanya ubat bagi penyakit tersebut. Dan dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai hamba-hamba Allah! Hendaklah kamu berubat bagi penyakit kamu.
Tetapi Islam juga memahami bahawa tidak semua manusia mampu untuk berubat, terutama dalam konteks kehidupan hari ini. Oleh itu, tiada salah jika tidak berubat kerana tidak mampu atau sebab-sebab lain. Dan jika dia bersabar, maka dia akan mendapat ganjaran
9.
Apakah pandangan Islam terhadap pembedahan kosmetik seperti kaedah “liposuction”?
Orang Islam tidak dibenarkan menukar bentuk fizikal mereka secara kekal dan ini termasuk pembedahan kosmetik. Allah s.w.t telah berfiman di Surah An-Nisa’ ayat 119 yang menceritakan kata-kata Iblis yang bermaksud: “Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.”

Oleh itu, mengubah ciptaan Allah s.w.t adalah haram kerana ia datang dari Iblis.

Walaubagaimanapun, orang Islam juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dan untuk berubat jika ada masalah kesihatan. Oleh itu, pembedahan untuk kecantikan tidak dibenarkan tetapi pembedahan untuk menggantikan anggota badan yang telah cacat (disebabkan kecelakaan atau kebakaran atau sebagainya) dibenarkan memandangkan ia boleh memulihkan tubuh kepada keadaannya yang asli. Ia juga sesuatu yang dilakukan atas sebab keperluan dan bukan atas sebab kecantikan.

Prosidur liposuction adalah proses mengeluarkan lemak-lemak badan dengan kaedah pembedahan. Ia hanya dibenarkan bagi tujuan terapeutik atau perubatan seperti apabila lemak didalam badan terlalu banyak sehinggakan ia akan membahayakan diri seseorang itu. Ia juga harus menepati syarat-syarat berikut:

1) Bahawa tiada kaedah atau cara lain yang lebih murah dan lebih selamat.

2) Bahawa prosidur liposuction ini telah disahkan oleh doktor ianya selamat dan tahap kemungkinan ia sukses juga tinggi.
10.
Adakah melakukan kaedah “crowning” pada gigi dibenarkan Islam? Adakah wudhu’ sah kerana gigi akan disaluti selepas kaedah ini dilakukan?
Islam membenarkan kaedah “crowning” dilakukan kerana ia dilakukan untuk tujuan perubatan dan bukan kecantikan. Gigi bukanlah salah satu anggota badan yang wajib dibasuh memandangkan ia didalam tubuh dan bukan diluarnya. Wudhu’ tanpa berkumu-kumur masih sah.
11.
Bolehkah seseorang itu memakai pendakap gigi (braces)?
Memakai pendakap gigi dibolehkan kerana ia bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah. Mengubah ciptaan Allah adalah apabila seseorang itu mengubah sesuatu yang sememangnya normal. Pendakap gigi dipakai untuk membetulkan gigi yang bentuknya kurang normal, maka ia dibolehkan.
12.
Apakah hukum meratakan gigi yang sudah "chipped" atau pecah dengan melalui process "filling" untuk meratakannya?
Proses "filling" untuk mengisi atau meratakan gigi yang pecah merupakan satu prosedur perubatan . Ia dibenarkan dalam Islam.
13.
Bolehkah seseorang itu menggunakan implan gigi untuk menggantikan gigi yang sudah jatuh?
Menggunakan implan gigi bukanlah dalam kategori mengubah ciptaan Allah kerana ia adalah menggantikan apa yang sudah rosak atau tiada. Islam membenarkan penggunaan implan gigi seperti Islam membenarkan implan organ lain yang sudah tiada lagi.
14.
Apakah hukum Islam mengenai menderma darah tali pusat?
Seorang Islam dibenarkan menderma darah tali pusatnua kerana darah ini mengandungi sel-sel penting yang boleh menggantikan sel-sel darah di tubuh badan seseorang yang mengalami penyakit leukemia, bone marrow atau penyakit-penyakit lain. Proses mengumpulkan darah ini tidak akan memberi kesan negatif keatas proses melahirkan maka ia tidak akan membahayakan ibu ataupun bayi. Memandangkan bahawa faedah dan kelebihan menderma darah tali pusat adalah banyak dan tiada bahaya disebaliknya, maka ia dibenarkan Islam.
15.
Adakah mengumpul darah tali pusat bayi yang baru dilahirkan didalam sebuah bank untuk mengubati penyakit yang mungkin dialaminya di masa hadapan dibenarkan?
Memandangkan mengumpul darah tali pusat adalah dibenarkan disisi Islam, maka menyimpannya di sebuah bank juga dibenarkan kerana ia mendatangkan faedah bagi bayi.
16.
Bolehkah orang Islam bersukarela menjadi peserta kajian di dalam kajian perubatan di sebuah syarikat yang mana ia akan melalui beberapa ujian ubatan?
Islam melarang melakukan apa-apa bahaya ke atas diri sendiri, lebih-lebih lagi jika ia tidak membawa faedah yang besar. Oleh itu, jika seseorang itu pasti bahawa menjadi peserta kajian di suatu kajian atau eksperimentasi akan membawa faedah dan faedahnya melebihi bahayanya, maka bolehlah dia meneruskannya. Jika bahaya akan melebihi faedahnya, maka janganlah meneruskan tindakan tersebut. Keterangan dan penjelasan harus diambil dari pihak pengkaji tentang apa yang akan dilakukan dan apa yang akan berlaku selepas mengendalikan kajian.
17.
Bolehkah pelajar-pelajar Islam menyertai kajian sekolah yang menggunakan alkohol?
Terdapat beberapa kategori bagi alkohol. Kategori alkohol yang dinamakan ethanol berasal dari proses penapaian karbohidrat. Kategori dianggap sebagai najis kerana ia adalah sumber bagi minuman keras. Ada juga kategori alkohol yang dihasilkan secara kimia dari hidrokarbon. Menurut kebanyakan ulama, ia bukanlah najis kerana ia bukan dihasilkan untuk diminum dan juga kerana ia bukan berasal dari makanan. Alkohol yang biasanya digunakan di kajian makmal adalah yang dari kategori kedua tadi kerana menggunakan alkohol dalam kategori ketiga akan memakan ongkos yang sangat besar maka ia sesuatu yang mustahil, lebih-lebih lagi bagi makmal sekolah. Oleh itu, dibolehkan bagi pelajar Islam untuk menyertai kajian makmal yang menggunakan alkohol, lebih-lebih lagi jika ia dengan tujuan mencari ilmu, kerana Islam adalah agama yang menitikberatkan pendidikan.
18.
Apakah hukumnya sekiranya seseorang itu menggunakan arak untuk perubatan seperti bahan urutan?
Rasulullah s.a.w bersabda bahawa arak itu adalah racun dan bukan penawar. Oleh itu, umat Islam dilarang dari menggunakan arak untuk tujuan perubatan, kecuali jika tiada alternatif yang lebih baik lagi dapat dijumpai selain dari arak bagi sesuatu penyakit.
Urut dengan menggunakan arak dilarang dalam Islam. Arak adalah najis dan anggota yang terkena najis arak perlu dibersihkan.
19.
Bolehkah syampu atau minyak wangi yang mengandungi alkohol digunakan?
Biasanya, barang-barang kegunaan yang ada pada zaman sekarang mengandungi bahan alkohol yang telah ditukar secara proses kimia kepada bahan kimia lain. Bahan alkohol ini bukanlah dari proses petuaian makanan. Ia adalah terhasil dari proses kimia dari bahan petro kimia seperti acetylene.Sebahagian besar ulama berpendapat bahawa alkohol yang terhasil bukan dari proses petuaian makanan, adalah tidak najis kerana ia tidak boleh diminum. Maka kewujudannya dalam barang-barang kegunaan seperti shampoo atau minyak wangi tidak menjadikan barang tersebut najis.
20.
Bagaimanakah seseorang itu mengendalikan minyak masak terguna yang mungkin pernah terkena dengan babi untuk mengkitar semula kepada minyak biodiesel?
Apa sahaja yang telah terkena dengan babi dianggap sebagai najis. Ini termasuk minyak yang digunakan untuk memasak daging babi. Oleh itu, apabila mengendalikan meinyak sebegini, seseorang itu haruslah pastikan bahawa ia tidak akan terkena kulitnya. Jika minyak tersebut telah bertukar secara kimia hingga ia menjadi minyak biodiesel, maka dibolehkan menggunakannya untuk menggerakkan mesin-mesin kerana ia tidak boleh dimakan.
21.
Apakah pandangan Islam terhadap amalan Reiki?
Reiki adalah teknik dahulu kala yang berasal dari Jepun untuk beristirahat dan mengurangkan stress yang juga mempromosikan penyembuhan. Mereka yang mengamalkan dan mempromosikannya mendakwa bahawa ia bukanlah suatu agama kerana ia tidak mempunyai dogma agama yang pusat. Walaubagaimanapun, kajian mendalam tentang Reiki akan menunjukkan bahawa ia berdasarkan kepercayaan keatas kuasa rohani, iaitu memindahkan tenaga hidup seseorang itu kepada orang lain untuk mencergaskan orang yang mempunyai surut tenaga yang rendah.
Kepercayaan ini bercanggah dengan Islam. Islam mengatakan bahawa segala kuasa datang dari Allah s.w.t dan tenaga di tubuh kita datang dari jiwa. Oleh itu, menguatkan jiwa adalah penting untuk memastikan kesihatan. Dan cara menguatkan jiwa seseorang itu adalah dengan mengikut perintah Allah s.w.t. dan mencari jalan untuk mendekatiNya kerana bukan kita yang menguasai jiwa kita dan ia juga bukanlah milik kita. Hanya Allah yang menguasainya dan memilikinya. Bagi mereka yang berjiwa kuat, tiada bahaya yang akan melandanya walaupun jika dicampak kedalam api, seperti apa yang telah ditunjukkan Nabi Ibrahim a.s.
Selain dari menguatkan jiwa kia, Islam memberikan cara yang menyeluruh dalam mempromosikan kesihatan. Tidak kira samada ia tentang makan,minum, bersenam, bergembira yang semuanya diturunksn Islam. Islam bukan hanyalah sebuah agama walhal, tetapi juga suatu cara kehidupan.



Dalam hal ini, Islam lebih daripada Reiki ataupun dari apa-apa cara sekalipun. Oleh itu, adalah baik jika kita melengkapkan diri dengan cara Islam mengajar kita menjaga kesihatan. Terdapat banyak buku tentang amalan Nabi dalam hal perubatan.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama